Ijazah adalah ukurn pncapaian dlm bdng pnddikan tp malang kbykn org stelah tamat pngajian menutup buku lbih malang lagi semasa pngjian meraka hnye belajar ap yg sepatutnya tdk ada smgt mcari ilmu diluar bidang. Jdkan setiap lgkh mcari ilmu adalah permulaan tp tidak ada akhirnya. Jgn tutup ijazah anda teruskn mbace dan mgkaji
Pengenalan Negara Jepun telah berperang dengan Rusia bagi memastikan bahawa Korea dan Manchuria berada di bawah lingkungan pengaruhnya. Negara Jepun amat berminat terhadap Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti arang batu dan besi. Walaupun iklimnya keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak mengeluarkan hasil. Dasar Rusia di Timur Jauh mulai suku abad kesembilan belas menitikberatkan perluasan pengaruhnya di Korea dan Manchuria. Rusia berminat untuk mendapatkan sebuah pelabuhan ice-free dan membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Projek keretapi Trans-Siberia telah dilancarkan pada tahun 1981. Pembinaan jalan keretapi tersebut dari tasik Baikal ke Vladivostok melalui Manchuria dapat menjimatkan perbelanjaan memandangkan ia adalah lebih pendek sebanyak 560 km berbanding jalan Amur (melalui wilayah Rusia). Pembinaan jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria juga akan membolehkan Rusia menguasai perdagangan dan mengukuhkan kedudukannya di wilayah tersebut. Pada 3 Jun 1896, Negara China telah menandatangi Perjanjian Li-Lobanov yang membenarkan Rusia membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Pada bulan Mac 1898 pula, Rusia mendapat pajakan selama 25 tahun hujung Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Athur dan Dairen. Semasa kebangkitan Boxer 1899-1900, Rusia telah mengambil kesempatan untuk menambahkan bilangan tenteranya di Manchuria. Perluasan Pengaruh Rusia di Manchuria telah membimbangkan Negara Jepun. Kerajaan Jepun khuatir bahawa Rusia akan cuba memperluas pula pengaruhnya di Korea. Terdapat kepercayaan yang kuat di kalangan pemimpin Jepun bahawa Rusia harus dihalau keluar dari Korea dan Semenanjung Liaotung. Sebagai langkah persediaan, Jepun menandatangani perikatan Ingeris-Jepun dengan Britain pada 30 Januari 1902. Perikatan Inggeris Jepun merupakan satu pakatan tentera yang mengakui kepentingan-kepentingan khas Britain di Negara China dan Jepun di Korea. Kedua-dua negara bersetuju bersikap neutral sekiranya mana-mana antara mereka terlibat dalam peperangan bagi melindungi kepentingan-kepentingan tersebut. Britain dan Jepun juga bersetuju untuk membantu satu sama lain sekiranya terdapat penglibatan kuasa ketiga dalam peperangan sedemikian. Perikatan tersebut akan berkuatkuasa selama lima tahun. Peristiwa peperangan Namun, Rusia dan Jepun gagal menyelesaikan pertikaian-pertikaian tentang kedudukan mereka di Korea dan Manchuria secara perundingan. Negara Jepun seterusnya mengisytiharkan perang ke atas Rusia pada 10 Februari 1904. Namun sejak 8 Februari lagi, angkatan tentera Jepun pimpinan Laksamana Togo Haichachairo telah menyerang secara mengejut angkatan tentera laut Rusia di Port Athur tanpa mengisytiharkan perang terlebih dahulu. Dalam bulan Mei, tentera Jepun telah menyeberangi Sungai Yalu melalui Korea dan tentera Laut pula cuba menawan pengkalan Dairen dan Port Athur. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Jepun berjaya menghalau keluar tentera darat Korea dan Rusia. Pada 25 Ogos 1904, tentera darat Jepun telah berjaya mengalahkan tentera Rusia dalam pertempuran di Liao-yang di Selatan bandar Mukhden. Angkatan Jepun seterusnya berjaya menawan Port Athur pada 2 Januari 1905 dan Mukhden pada bulan Mac 1905. Pada bulan Mei 1905 pula, Jepun berjaya menghapuskan angkatan laut Baltik Rusia di Selat Tsushima. Sebab-sebab peperangan Salah satu faktor berlakunya Perang Rusia Jepun ialah perikatan British-Jepun 1902 di mana pemimpin-pemimpin Meiji menyedari Jepun tidak mempunyai banyak pilihan kecuali berperang dengan Rusia di atas persoalan Korea. Dalam konteks ini, beberapa pemimpin Meiji seperti Yamagata dan Katsura yakin Jepun harus dapatkan sokongan Great Britain bagi pastikan bahawa Britain akan menyokong mereka dalam perjuangan terhadap Rusia. Great Britain yang bimbangkan kemaraan Rusia di Timur Laut Asia telah membuat percubaan mendapatkan sokongan Jerman bagi membendung ancaman Rusia. Menyedari negara Jerman tidak berminat dalam perkara ini, Britain mengalihkan perhatiannya untuk bersekutu dengan Jepun kerana menyedari Jepun boleh menjadi halangan utama kepada perluasan pengaruh di Asia Timur. Britain telah tandatangani satu perjanjian perikatan dengan Jepun. Perikatan itu menaikkan keyakinan dan imej Jepun kerana ia seolah-olah Britain telah mengiktiraf Jepun sebagai sebuah kuasa dunia. Britain juga akui kepentingan istimewa Jepun di Korea. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin Meiji yakin mereka boleh merancang dan seterusnya mengisytiharkan perang menentang Rusia tanpa campurtangan mana-mana kuasa ketiga atau tindakan perikatan. Perasaan anti Rusia juga merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Rusia Jepun. Pada dekad pertama abad ke-20, perasaan anti Rusia memuncak terutama di kalangan persatuan-persatuan ultranasionalis seperti Kokuryukai (Persatuan Naga Hitam). Persatuan ini diasaskan oleh Uchida Ryohei dalam tahun 1902. Beliau telah menyebarkan dasar perluasan Jepun di seberang laut dan mendesak kerajaan Meiji memperluas kawasan Jepun sejauh sungai Amur di Manchuria. Persatuan ini mula terlibat dalam kegiatan lain yang menentang kepentingan Rusia di Manchuria dan Korea. Keadaan ini mendorong Jepun terlibat dalam peperangan ini. Tentangan terhadap Rusia juga berkaitan dengan Pan Asianisme di kalangan kumpulan-kumpulan tertentu di Jepun. Pada November 1898, persatuan Toa Dobun Kai (Persatuan Kebudayaan Bersama Asia Timur) telah ditubuhkan bertujuan menganjurkan kajian tentang keadaan-keadaan di Korea dan China. Lebih penting lagi untuk membangkitkan semangat Jepun berhubung ‘peranan sebenar Jepun di Asia’. Persatuan ini di sokong ramai pengusaha industri dan ahli-ahli politik menyebarkan ideologi bahawa Jepun mempunyai kewajipan menyelamatkan Asia dari pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Persatuan tersebut menganggap perang dengan Rusia sebagai satu peluang untuk memberi pukulan hebat kepada sebuah kuasa Barat yang telah berlaku tidak adil terhadap rakyat Asia. Angkatan tentera darat dan laut juga memainkan peranan penting. Modenisasi pesat pasukan militari telah mengubah tentera darat dan laut kepada sebuah angkatan yang moden dan berkuasa menjelang akhir abad ke-19. Pasukan tentera Jepun juga amat berdisiplin dan bersemangat patriotik. Pasukan militari Jepun yang sofistikated ini diresapi dengan perasaan patriotik. Mereka berazam menguji kemahiran mereka terhadap Rusia yang diiktiraf salah sebuah kuasa tentera yang terkuat di dunia. Keinginan untuk menyatukan pelbagai kumpulan pembangkang di Jepun juga menjadi punca berlakunya Perang Rusia Jepun. Arena politik dalam negeri Jepun pula, wujud pergelutan dan pertikaian di antara parti-parti politik dengan kerajaan Meiji. Parti-parti politik di dalam Diet biasanya akan membangkang perbincangan-perbincangan Diet khususnya tentang isu-isu belanjawan dan peruntukan yang diberi kepada tentera darat dan laut. Kerajaan Meiji juga menghadapi isu-isu lain dalam negeri seperti inflasi, cukai-cukai yang tinggi, kos bahan makanan yang meningkat dan lain-lain yang mengakibatkan ketidakpuasan di kalangan rakyat Jepun. Bagi mewujudkan perpaduan, kerajaan Meiji mengalihkan perhatian rakyat Jepun dari isu-isu dalam negeri kepada isu-isu antarabangasa, pemimpin-pemimpin Meiji telah memulakan kempen perang terhadap Rusia. Menjelang Januari 1904, Kerajaan Meiji telah mengikut satu dasar peperangan. Pada 28 Disember, kerajaan telah mengeluarkan satu ordinan darurat Diraja, memberi peruntukan khas bagi perbelanjaan-perbelanjaan tentera. Kesan peperangan Politik 1) Mempercepatkan dasar perluasan Jepun. Pada mulanya Jepun tidak terlalu agresif untuk melakukan perluasan kuasa. Namun perang Rusia Jepun telah menaikkan semangat Jepun untuk menguasai negara lain. Jepun merasakan mereka mampu mengalahkan negara lain yang dianggap kuat setelah berjaya mengalahkan kuasa dunia yang kuat iaitu Rusia. Perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun dan diikuti oleh perang Rusia Jepun yang memperlihatkan perluasan kuasa Jepun di Korea dan juga di Manchuria Selatan. Dasar perluasan kuasa telah membawa Jepun ke Negara China dalam tahun-tahun 1930an dan akhirnya ke Asia Tenggara pada tahun 1942 di mana negara tersebut akhirnya mengalami kekalahan pada tahun 1945. Era Meiji yang berakhir dengan Kematian Maharaja Meiji (Mutsuhito) tahun 1912. Pemerintahan Meiji berjaya membangunkan bidang perindustrian di samping memimpin negara tersebut ke arah imperialisme. Era ini telah menampakkan perubahan-perubahan politik dan sosial yang luar biasa yang telah mempengaruhi kehidupan setiap lapisan rakyat Jepun. 2) Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung. Sebelum ini Rusia telah menguasai Pulau Sakhalin. Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido). Namun selepas perang Rusia Jepun, Jepun mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara peperangan Rusia Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub dalam perjanjian Porstmouth iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang di sebelah selatan garis Lintang 50. Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barang keluaran Jepun. Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia (melalui perjanjian Portsmouth) dan kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain. Pada musim luruh 1905, Jepun telah bertindak menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi Residen-Jeneral pertama. Berikutan itu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan semua hak-hak kedaulatan dipindahkan kepada Maharaja Jepun. Korea menjadi bahagian yang melengkapkan empayar Jepun. 3) Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria. Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di Manchuria Selatan kepada Jepun. Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember 1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan. Dari segi ekonomi, Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik Korea menjadi sebuah pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan. Jepun telah mendirikan banyak pengkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan militarinya. Kemenangan yang dicapai dalam peperangan ini merupakan perangsang utama kepada perkembangan semangat nasionalisme di Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat bahawa orang-orang Eropah, Amerika dan Asia mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa kuasa-kuasa Barat telah memberi Jepun status sebagai sebuah kuasa yang besar. Kejayaan ini mengubah nasionalisme Jepun kepada satu ciri keyakinan yang lebih besar. 4) Kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Walaupun Jepun mencapai kemenangan dalam Perang China Jepun dan kemenangan ini telah membantu menaikkan imej Jepun tetapi kesannya ke atas status Jepun tidaklah begitu penting berbanding kemenangannya ke atas Rusia. Hal Ini disebabkan negara China merupakan sebuah negara yang lemah dalam tahun 1894-95. Ia telah diturunkan kepada status separa kolonial oleh kuasa-kuasa barat. Tetapi kemenangan Jepun ke atas Rusia memberi gambaran berbeza. Rusia selama ini sebenarnya dianggap sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Ia juga digolongkan sebagai sebuah kuasa Eropah. Kekalahannya di tangan Jepun dalam tahun 1904-05 bukan sahaja menghacurkan mitos bahawa kuasa-kuasa Barat tidak dapat dikalahkan tetapi turut meninggikan status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Tenggara. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia merupakan kemenangan yang sungguh besar kepada kebangkitan Jepun. Kejayaan Jepun secara tidak langsung diakui sebagai satu kuasa baru di Timur Jauh dan negara-negara Barat terpaksa menerima Jepun sebagai negara yang setaraf dengan mereka. Jepun tidak boleh diketepikan dari arena politik dunia terutama yang berhubung dengan politik Timur Jauh. Selepas tahun 1910, Korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. Beras, bijirin dan hasil-hasil laut (ikan) dari Korea telah mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun juga telah mengeksploitasi sumber-sumber Korea dan telah mendirikan industri-industri berasaskan sumber-sumber ini. Penekanan khas diberi kepada pengeluaran alat-alat perang strategik termasuk besi, keluli dan jentera. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki perbadanan-perbadanan Jepun terutama Zaibatsu atau golongan kapitalis yang berkembang menjadi konglomerat-konglomerat besar semasa era Meiji. Kebanyakan keperluan barang-barang pengguna Korea telah dibekalkan oleh Jepun. Korea bersama Taiwan (yang telah diserahkan oleh China kepada Jepun berikutan Perang China Jepun (1894-95) telah diintegrasikan secara sepenuhnya ke dalam empayar Jepun. 5) Fahaman Imperialis. Perjanjian Porthmouth telah membolehkan Jepun mengambil alih peranan Rusia sebagai kuasa Imperialis. Jepun telah mengambil alih tanggungjawab di Manchuria Selatan dan Korea. Oleh sebab kedudukan Jepun di Rusia tidak boleh dipersoalkan, Jepun telah berusaha secara perlahan-lahan untuk menguasai dan meletakkan Korea di bawah kekuasaan Jepun, terus diperintah oleh Tokyo. Dasar imperialis Jepun tidak dapat disembunyikan lagi apabila Jepun mengambil Korea dalam tahun 1910 atas alasan pembunuhan Ito, residen Jepun di Korea pada tahun 1909. Ito telah dibunuh di stesen Harbin, Manchuria oleh seorang Nasionalis Korea. 6) Kesan kepada kerajaan Meiji. Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat Jepun berasa bahawa mereka telah dikhianati kerajaan. Hal ini kerana mereka mengharapkan gantirugi yang besar dari Rusia. Jepun telah menerima 200 juta tael dari China hasil kemenangannya dalam Perang Cina Jepun. Rusuhan dan tunjuk perasaan telah berlaku dan perusuh-perusuh telah membakar serta mermbinasakan lebih 150 pondok polis. Mereka mencederakan dan membunuh lebih dari 1000 orang awam. Disebalik penangkapan yang besar, rakyat yang marah itu telah bangun menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau dipaksa letak jawatan pada bulan Januari 1906 dan telah digantikan oleh Saionji seorang pemimpin parti Seiyukai. Di samping itu harus diperhatikan disebalik kebencian yang wujud terhadap kerajaan Katsura, golongan tentera tidak perolehi kuasa di Jepun. Oligarki Meiji terus bergiat di arena politik dalam negeri. 7) Kekacauan politik. Sungguhpun Jepun mendapat keuntungan hasil daripada peperangan itu, Namun ia tidak dapat melarikan diri daripada kesan negatifnya. Orang-orang Jepun terutamanya golongan-golongan pelampau menunjukkan rasa kurang senang terhadap perjanjian Portsmouth. Orang Jepun yang tidak mengetahui muslihat kerajaan untuk menamatkan peperangan yang menjejaskan ekonomi dan tentera, berasa kecewa dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu. Mereka tidak puas hati terhadap kerajaan kerana tidak berjaya mendapatkan ganti rugi dari Rusia. Dengan adanya gantirugi diharapkan dapat mengurangkan beban rakyat dan membiayai pengawasan jalan keretapi di Manchuria. Tunjuk perasaan telah berlaku yang diikuti oleh rusuhan-rusuhan. Tentera terpaksa campurtangan dan undang-undang tentera telah diisytiharkan. Rasa tidak puas hati yang wujud akhirnya membawa kepada penggulingan kerajaan Katsura dalam bulan Januari 1906 diganti oleh Putera Saionji. Beliau memegang jawatan sehingga bulan Julai 1908. Ekonomi 1) Ekonomi Jepun merosot. Dalam peperangan ini, Jepun terus berjaya menentang Rusia, tetapi telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa dan mengosongkan perbendaharaan negara. Perang Rusia Jepun telah menelan belanja sebanyak 1500 juta Yen bagi pihak Jepun. Kos peperangan yang tinggi ini telah membebankan Kerajaan Jepun memandangkan ia tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada kerajaan Rusia. Tidak dapat dinafikan ketika berlakunya peperangan ekonomi Jepun benar-benar merosot. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai yang banyak demi keselamatan negara. Namun selepas perang Rusia, Jepun telah memperlihatkan pembangunan industri berat yang menakjubkan khususnya dalam industri pembinaan kapal, industri keluli dan kimia. Selain itu, Jepun juga terlibat dalam perusahaan berat yang lain terutamanya kilang membuat alat-alat senjata dan meningkatkan perusahaan membuat kapal. Jepun sedar ia masih memerlukan alat-alat senjata dari Barat, misalnya kapal terbang dari Britain. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepun hendaklah mengeluarkan sendiri tanpa mengharapkan bantuan asing. 2) Pengeksploitasian ekonomi Korea. Selepas 1910, Korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. Beras, bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea telah mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun telah eksploitasi sumber-sumber Korea dengan mendirikan industri berasaskan sumber-sumber ini. Penekanan khas diberi kepada pengeluaran alat-alat perang strategik termasuk besi, keluli dan jentera. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki perbadanan Jepun terutama Zaibatsu atau golongan kapitalis yang berkembang menjadi konglomerat besar semasa era Meiji. Kebanyakan keperluan barang-barang pengguna Korea telah dibekalkan oleh Jepun. Sosial 1) Kerugian sumber-sumber dan tenaga manusia. Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban. Jepun telah membelanjakan sejumlah 1.5 billion untuk biayai perang. Ini telah mengeringkan sumber-sumber kewangan negara tersebut. Sebenarnya kerajaan Meiji telah menyedari Jepun tidak lagi dapat menanggung pembiayaan perang itu. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan pendamaian dengan Rusia dalam tahun 1905. Kerugian golongan petani dan buruh juga meningkat. Petani menanggung beban cukai tinggi (70%) untuk biayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara. Petani terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan pendapatan, petani melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan pekerja menerima kesan yang negatif. Pekerja-pekerja di sektor perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja lebih berat. Kesimpulan. Perang Rusia Jepun tamat dengan termeterainya Perjanjian Porstmouth. Usaha ini diambil oleh Jepun dan bukan oleh Rusia. Namun jika dilihat dengan lebih teliti, peperangan ini menghasilkan kemajuan yang kedua dalam kedudukan Jepun di Asia Timur Jauh. Pada kali ini Jepun mendapat kedudukan yang di Tanah Besar, yang pada suatu masa dahulu telah diperolehinya yang telah menjadi matlamat lebih banyak lagi daripada apa yang difikirkan munasabah oleh negarawannya yang bertanggungjawab pada masa meletusnya perang itu. Dengan mengangkat senjata kerana mempertahankan dirinya daripada pencerobohan kuasa yang lebih besar, ia telah berjaya mengalahkannya dan dari tindakannya itu Rusia hanya dapat bertapak di Utara Manchuria. Dengan disokong dalam masa berunding sebelum perang itu dan juga masa berperang, oleh sekutunya iaitu sebuah kuasa Barat yang kuat, ia telah membuat kajian semula bersama serangan itu dengan memperolehi lebih banyak faedah. Meskipun ada rasa gembira melihat hasil yang dicapai, perubahan itu tidak langsung menciptakan persamaan dalam penghargaan pihak asing kepada Jepun. Dan dunia juga, tidak mempunyai tempat yang lebih mudah bagi Jepun untuk hidup.
Sehingga awal kurun ke-20, masyarakat Melayu masih lagi hidup dalam keadaan mundur. Menurut Nuhammad Iqbal, kemunduran masyarakat Islam adalah disebabkan mereka hanya mementingkan urusan agama semata-mata dan tidak menghiraukan urusan dunia.[1]Keadaan ini jelas berlaku dalam masyarakat Melayu kita pada masa itu. Keadaan ini telah lama di sedari tetapi hanyadibangkitkan oleh golongan intelektual Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Mereka telah ditiupkan kesedaran ketika menuntut di negara Mesir dan mereka sedar bahawa masyarakat Melayu terlalu jauh ketinggalan berbanding umat Islam yang lain.[2] Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda yang turut dikaitkan dengan gerakan Islah[3] Islamiah. Empat orang tokoh kaum muda yang terkenal ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd. Salim al- Kalali. Kaum Muda ini telah menjadikan Singapura sebagai pangkalan untuk memperjuangkan cita-cita Islah Islamiyah di Tanah Melayu.[4]
MATLAMAT PERJUANGAN KAUM MUDA
Tujuan Kaum Muda ialah untuk memajukan masyarakat Melayu melalui pengajaran agama Islam yang sebenar dan berdasarkan al-quran dan Hadis. Fungsi utama agama Islam sendiri ialah untuk memimpin pembangunan manusia mengikut garis panduan yang betul dan ke arah yang sebaik-baiknya.[5]Kaum Muda ingin membebaskan Islam daripada amalan-amalan taklid buta serta khurafat dan bidaah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Orang Melayu juga diseru supaya menggunakan akal dalam agama mereka seharian Ajaran Islam yang sebenar dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Islam termasuklah orang Melayu sendiri. Menurut Muhammad Abduh, umat Islam selamanya tidak akan maju jika masih berpegang teguh pada jumud. Menurut pengamatan beliau, fahaman Jumud dibawa oleh orang-orang luar Arab yang dapat menduduki puncak politik dunia Islam.[6]
Oleh sebab itulah, Kaum Muda amat menitik beratkan pendidikan yang merupakan kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa. Menurut Syeik Tahir Jalaluddin, salah satu cara untuk mengatasi kelemahan orang Melayu ialah dengan cara meninggikan lagi ilmu pengetahuan mereka.[7]Pendidikan baginya merupakan syarat mutlak yang patut dituntut oleh sekalian umat Islam jika mereka hendak maju dan berdiri setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika diperhatikan, masyarakat melayu tidak begitu berminat dalam menuntut ilmu pengetahuan kerana mereka masih kuat berpegang pada fikiran kolot iaitu ilmu pengetahuan hanya untuk orang barat dan sekiranya mereka belajar, mereka akan dianggap kafir. Kaum Muda telah menekankan sistem pendidikan agama yang lebih liberal serta pengajaran bahasa Inggeris mata pelajaran moden lain seperti Sains. Pendidikan yang disarankan oleh Kaum Muda melibatkan perseimbangan antara pengetahuan agama dengan pengetahuan keduniaan.[8]
Meskipun orang Melayu merupakan golongan majoriti di Negeri-negeri Melayu,namun pencapaian mereka dalam bidang pendidikan tertinggal jauh berbanding dengan bangsa-bangsa asing yang sudah pun menguasai kehidupan ukhrawi ketika itu.[9]
Dari aspek politik, Kaum Muda memang bersifat anti-penjajah. Kaum Muda sebenarnya bukan merupakan aktivis politik yang sebenar. Ini kerana gerakan ini bercita-cita ingin melihat masyarakat Melayu bangkit untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Syed Syeikh menerusi majalah-majalah pimpinannya mengkritik penjajah British yang disifatkannya menggalakkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu untuk kegunaan dan kepentingan mereka. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu telah dikecam oleh Kaum Muda kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan sepatutnya kepada orang Melayu. Kaum Muda juga telah mengingatkan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu untuk memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka digesa untuk menubuhkan persatuan-persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Sikap buruk orang Melayu dan kezaliman pemerintahan Melayu turut disentuh oleh Syed Syeikh Al-Hadi dengan tujuan memberi kesedaran akan kesalahan yang dilakukan. [10]
Kaum Muda menerusi Al-Imam telah menasihatkan Raja dan pembesar Melayu supaya mengambil iktibar terhadap kebangkitan orang Cina menentang pemerintahan monarki. Menurutnya, nasib yang sama akan berlaku di kalangan masyarakat Melayu yang ditindas oleh masyarakatnya.[11]
Namun, jika dilihat dari satu sudut, keadaan ini jauh berbeza dalam masyarakat Melayu kita pada masa itu kerana tidak semua yang sedar tentang penindasan dan penghinaan yang mereka terima kerana masih terkongkong dengan pemikiran lama iaitu tidak mahu menerima sebarang perubahan dan tidak berani menentang pemerintah kerana ia dianggap sebagai penderhaka. Orang Melayu terus hidup dalam kemunduran disebabkan sikap mereka itu dan hanya segelintir sahaja orang Melayu yang sedar akan penindasan yang dilakukan oleh golongan pemerintah terhadap orang Melayu dan biasanya mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mendapat pendidikan tinggi dan celik huruf.
Menurut Al-Tahtawi, kekuasaan absolut Raja harus dibatasi dengan syariat dan Raja harus bermesyuarat dengan ulama-ulama dan kaum-kaum terpelajar lain seperti doktor, pakar ekonomi dan pakar dalam bidang profesionalisme yang lain. Syariat yang dijadikan panduan haruslah disesuaikan dengan perkembangan moden.[12]Namun, jika diperhatikan, pada masa itu Raja seolah-olah menentukan semua keputusan yang dibuat dan kadang-kadang ia adalah keputusan yang diambil oleh Raja itu sendiri tanpa nasihat daripada sesiapa. Pada masa itu, golongan yang sering dikaitkan dengan Raja ialah golongan pembesar dan juga ulama-ulama.
Kaum Muda juga memperjuangkan kebebasan yang lebih bagi penyertaan kaum wanita dalam hal-hal pendidikan dan juga sosial. Menurut Syed Syeikh Al-Hadi, kaum wanita Islam perlu diberi pendidikan dan diberi pekerjaan yang sesuai dengan tabiat semulajadi mereka dan yang sejajar dengan keperluan agama Islam.[13]
Meskipun sikap dan pendiriannya dikecam oleh masyarakat Islam ketika itu,tetapi beliau tetap tegas dan mempertahankan pendiriannya. Sebenarnya, tujuan utama Syed Syeik Al-Hadi berbuat demikian adalah untuk menggalakkan masyarakat Melayu bersikap kritis dan berwaspada dengan adat-adat lapuk yang masih diamalkan. Apakah amalan-amalan lama seperti melarang anak-anak terutamanya yang perempuan ke sekolah dianggap sesuatu yang wajar sedangkan mereka sedar kehidupan mereka adalah jauh lebih mundur berbanding kaum lain. Sebenarnya, di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kemunduran orang Melayu pada ketika itu bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga mundur dari segi agama sendiri kerana tindakan mereka itu adalah salahdan terkeluar daripada kehendak dan ajaran Islam yang sebenar. Islam adalah agama yang seimbang dari segi kebendaan dan kerohanian atau dengan kata lain, Islam adalah agama kesatuan antara Iman dan amal,dan juga antara kehidupan dunia dan akhirat.[14]
Masyarakat Melayu pada masa itu, lebih menumpukan kepada urusan akhirat berbanding dengan keduniaan dan mungkin sebab itulah mereka tidak kisah hidup dalam kemunduran sedangkan golongan pembesar dan pemerintah pada ketika itu hidup dalam kesenangan dan kemegahan. Menurut Syeikh Tahir Jalaluddin, salah satufaktor penting yang menjadi punca kejatuhan umat Ilam adalah kerana mereka tidak mematuhi ajaran Islam yang sebenarnya.[15] Mereka telah menyalahgunakan konsep “Qadak dan Qadar”di mana apa sahaja yang berlaku keatas diri mereka dianggap sebagai sesuatu yang telah ditentukan oleh Tuhan. Penyalahtafsiran ini juga dianggap sebagai punca yang menjumudkan keinginan individu Islam itu untuk menjalankan aktiviti memperbaiki hidupnya. Beliau menegaskan bahawa kejayaan manusia di dunia sebenarnya berpunca daripada usaha dan ikhtiarnya sendiri.
Umat Islam seharusnya mengambil nilai-nilai yang baik daripada Tamadun Barat dengan mengetepikan nilai-nilai buruk yang tidak bersesuaian dengan budaya dan ajaran Islam. Sikap menolak sepenuhnya tamadun dan kemajuan Barat tidak akan memajukan bangsa Melayu yang ribuan tahun tertinggal di belakang.[16]Dalam Islam sendiri, tidak pernah melarang umatnya untuk menolak kemajuan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Orang Melayu di seru supaya menoleh ke negara Jepun. Menurut Kaum Muda, Orang Jepun menerima perubahan atau menjalankan Islah dalam bidang politik, ekonomi dan juga pertahanan, tetapi mereka masih tetap berpegang pada agama yang mereka anuti, malah adat resam yang diamalkan sejak turun temurun tidak sedikitpun terjejas.[17]
Kesimpulannya di sini, agama tidak menjadi masalahdan bukannya penghalang untuk mengejar kemajuan. Semua ini bergantunglah kepada individu itu sendiri dan kita boleh gambarkan masyarakat Melayu pada ketika itu sangat jauh berbeza dengan masyarakat Jepun dalam segenap aspek. Menurut Syeikh Tahir Jalaluddin, keupayaan menguasai bahasa ibunda penjajah sebagai satu prasyarat untuk membolehkan kita mampu beraksi di pentas perjuangan kebebasan dan juga kemerdekaan. Ini adalah amat penting supaya masyarakat kita tidak terus ditindas dan dipergunakan oleh pihak penjajah atau dengan kata lain supaya orang Melayu tidak menjadi pak turut atau tali barut Benggali Putih (pihak British) di bawah dasar “divide and rule”(pecah dan perintah) yang dianggap sebagai taktik pihak penjajah untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan diri mereka.[18]Akibat perlakuan tidak adil penjajah inilah, ummah Melayu terbelakang secara material. Mereka menjauhkan diri daripada kehidupan yang asing dengan tradisi mereka, hidup dipinggir bandar sebagai petani dan nelayan yang sememangnya sinonim dengan kemiskinan. Oleh sebab itu jugalah mereka dituduh sebagai ummah yang pemalas, jumud, statik dan sejenisnya.[19]Oleh sebab itulah, gerakan Islah yang digerakkan oleh Kaum Muda ini dianggap berupaya mengeluarkan ummah daripada kesesatan kejahilan jahiliah menuju kepada pendekata Islam yang sebenar.
PERSENGKETAAN ANTARA KAUM MUDA DAN KAUM TUA.
Perjuangan Kaum Muda telah mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang terdiri daripada hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan ulama di luar bandar. Kuam Tua melalui akhbar seperti Suara Benar (1932-1933) telah mengutuk kaum Muda sebagai tidak beramal ibadat. Mufti-mufti telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengutuk idea-idea Kaum Muda sebagai kafir atau kadiani. Kaum Tua telah melarang pemimpin Kaum Muda daripada berkhutbah di beberapa masjid. Penerbitan-penerbita Kaum Muda telah diharamkan di beberapa buah negeri. Kaum Tua telah menentang keras kaum Muda kerana kegiatan-kegiatan dan idea-idea Kaum Muda menggugat kedudukan mereka sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri Melayu. Persengketaan antara Kaum Muda[20] dan Kaum Tua semakin rancak diperkatakan pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an. Kaum Tua mengaitkan Kaum Muda dengan kumpulan Turki Muda yang dasar perjuangannya dianggap menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Menurut Sidek Haji Fadzil, secara jelasnya penggunaan label ini adalah bertujuan bagi merendah-rendahkan perjuangan Kaum Muda, walaupun matlamat perjuangan mereka adalah bagi mengembalikan umat Islam ke jalan yang benar.[21] Sebagai kumpulan yang telah lebih awal mendapat kedudukan dalam masyarakat, Kaum Tua bersama-sama dengan pentadbiran agama di negeri-negeri Melayu dan disokong oleh pentadbiran Inggeris apabila diperlukan, berjaya mengawal kegiatan yang dijalankan oleh Kaum Muda.Di dalam banyak perkara, mereka lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam masyarakat. Mereka lebih selesa untuk mengurung Islam dalam satu ‘benteng’ tanpa jendela, serta mempertahankan seluruh tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dai pelbagi pengaruh yang lain.
CARA-CARA PERJUANGAN KAUM MUDA
Perjuangan Kaum Muda mula-mula sekali disalurkan melalui majalah Al-Imam yang muncul pada bulan Julai 1906 di Singapura. Namun begitu, penerbitan Al-Imam tidak dapat bertahan lama dan ia dihentikanpenerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan Al-Imam ialah “ untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suarayang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu)”. Al-Imam telah menyeru orang Melayu supaya bersatu untuk kepentingan bersama. Majalah ini juga telah membangkitan perkara kemunduran orang Melayu dan penguasaan kehidupan mereka oleh kaum-kaum lain. Dalam aspek sosial, Al-Imam memberi perhatian yang serius dengan mengktirik, mencadangkan dan menganjurkan pelbagai gagasan untuk menempa kemajuan bangsa Melayu.[22] Menurut Abdul Aziz bin Mat Ton, Al-Imam memang menitikberatkan masalah sosial, ekonomi dan politik. Pendapat Kaum Muda juga disiarkan melalui lain-lain akhbar dan majalah seperti Neracha (Singapura, 1911-15), Al- ikhwan (Pulau Pinang, 1926-31), Saudara (Pulau Pinang, 1928-41) dan Idaran Zaman (Pulau Pinang,1925-30). Namun begitu, kegiatan Kaum Muda ini, khususnya dalam berkaitan dengan penerbitan bukanlah bebas daripada sebarang halangan. Jika diperhatikan, Gerakan Islah ataupun penyebaran majalah Al-Imam lebih berjaya meluaskan pengaruh dan perjuangannya di negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Negeri-negeri ini yang tidak bersultan memudahkan golongan Kaum Muda menyebarkan majalah Al-Imam dengan meluas tanpa mendapat tentangan dan masalah.[23]
Selain itu juga, perjuangan Kaum Muda telah juga telah juga dilaksanakan melaui perbincangan agama di masjid-masjid dan penubuhan madrasah-madrasah (sekolah-sekolah agama). Kaum Muda telah membantu menubuhkan Madrasah al-Ikbal al-Isamiah yang dibuka dengan rasminya pada tahun 1907. Perkara-perkara yang diajarkan di sekolah ini ialah agama Islam, bahasa Arab, Inggeris dan Melayu, Matematik, Geografi, Sejarah, Khutbah dan karang-mengarang. Beberapa madrasah yang lain telah diasaskan oleh Kaum Muda dalam masa yang singkat. Antaranya ialah Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu, 1917), Madrasah al-Hadi (Melaka,1917) dan Madrasah al-Diniah (Kampung Lalang di Perak, 1924).
KESIMPULAN
Perjuangan Kaum Muda meliputi pelbagai aspek seperti agama, politik, ekonomi dan juga social. Namun demikian, Kaum Muda telah gagal untuk mewujudkan satu pergerakan dalam tempoh yang lama akibat tentangan hebat daripada Kaum Tua yang masih memegang kesetiaan kebanyakan Orang Melayu. Sejarah telahpun membuktikan bahawa ummah Melayu mengalami keterbelakangan adalah akibat menganut psikologi yang diajarkan imperialisme Barat kepada mereka dan juga adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang tidak mahu kepada pembaharuan.[24] Walaupun gerakan Kaum Muda ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai pihak termasuk Sultan dan ulama-ulama yang lain, namun ia telah berjaya mencetuskan pemikiran dan kesedaran yang positif di kalangan masyarakat Islam terutamanya dalam usaha menentang pengaruh British dan juga memperbaiki taraf hidup mereka.[25] Orang Melayu seharusnya sedar bahawa kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh Barat sehingga ke hari ini adalah berpunca daripada kejayaan dan ilmu orang Islam pada zaman kegemilangnya dahulu.
[1] A.Munir, Sudarsono & S.H. 1994. Aliran Moden Dalam Islam. Jakarta: PT Rineka Cipta. Hlm 166.
[3]Islah di sini bermakna memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan.
[4] Kassim Thukiman.2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm 96.
[5] Mohd Nasir bin Omar. 1986. Tamadun Islam dan Ideologi-idealogi Masa Kini. Selangor: Penerbitan Nadi. Hlm 209.
[6] A.Munir, Sudarsono & S.H. 1994.. Aliran Moden Dalam Islam. Jakarta: PT Rineka Cipta. Hlm 166.
7 Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syeikh Tahir Jalaluddin. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm 21.
8Ibid, 23
[9] Talib Samat.1992. Syed Syeik Al-Hadi ‘Sasterawan Progresif Melayu’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 49.
[11] Kassim Thukiman.2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm 97.
[12]Mohd Nasir bin Omar. 1986. Tamadun Islam dan Ideologi-idealogi Masa Kini. Selangor: Penerbitan Nadi. Hlm 160.
13 Talib Samat. 1992. Syed Syeik Al-Hadi ‘Sasterawan Progresif Melayu’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 52.
[14] Mohd Nasir bin Omar.1986. Tamadun Islam dan Ideologi-idealogi Masa Kini. Selangor: Penerbitan Nadi. Hlm 204.
[15] Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syeikh Tahir Jalaluddin. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm 19.
[16] Talib Samat.1992. Syed Syeik Al-Hadi ‘Sasterawan Progresif Melayu’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 51.
17 Kassim Thukiman.2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm 97.
[18] Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syeikh Tahir Jalaluddin. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm 48.
19 Hilmy Bakar Almascaty. 1994. Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Aabd ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Hlm 58.
[20]Dalam masyarakat Melayu, panggilan ‘Kaum Muda’ sering bernada sinis. Sebenarnya ia adalah merupakan gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama Tradisional (ulama Kaum Tua)
Antare Melayu dan Islam mne yg lebih pnting. Tidak perlu kite bangga Kemelayuan kite krne hnye pngenalan di dunia kerana bangsa kite umt Islam hidup antara pagar yg mnghalang utk kite bersatu. Aku bkn org yg melupakan bangsa sperti kate Mahathir dlm Dilema Melayu tp dgn majuyer Islam pasti mbawa skali Melayu itu kerana di Malaysia Melayu itu Islam
UPSI ZAMAN GELAP
Perjuangan kemerdekaan tanah air bermula dengan gerakan lepasan pelajar SITC. Meraka telah menjadi pemimpin yg menakutkn pihak British, meraka bercakap isu Negara. Kini suara SITC telah tumpul, UPSI perwarisnya tidak lagi bersuara gagah. Adakah SITC dan UPSI berbeza. Mari kite bangunkan peranan kite sedarkan masyarakat awam
ROKOK HARAM
Fatwa ttg pngharaman ROKOK
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur
Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar)
TAPI KENAPE XDE IKLAN "ROKOK HARAM" KT MASJID PUN YG AD IKLN "ROKOK MBAHAYAKN KESIHATAN" SBB PE KO NK TAU TOK IMAM, TOK HJ, TAN SRI, DATUK2 HIAP ROKOK.