I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Proses Perang Salib

Saturday, October 17, 2009

PROSES PERANG SALIB

Perang Salib Satu

Perang Salib Satu mula tercetus pada 1097 sehingga 1099 iaitu berlangsung selama tiga tahun. Sebelum berlakunya Perang Salib Satu ini, terdapat usaha ketenteraan seramai 300,000 ribu orang tetapi kalah teruk apabila menentang Orang Muslim di Pantai Asia Kecil, Turki. Usaha Perang Salib diteruskan dan dipimpin oleh Godfrey dan saudaranya Baldwin, Bohemond dan Count Raymond. Mereka berkumpul di Constantinople dengan kekuatan 150,000 askar yang kemudiannya menyeberang Selat Bhosporus. Satu persatu kota dan benteng tentera Muslim jatuh ke tangan Tentera Salib termasuklah daerah Nicaea dan Antioch.

Pada 1098, Baldwin dapat menakluk Ruha. Pada 3 Jun 1098 Bohemond menakluki Antioch iaitu ibu kota lama Byzantium. Bohemond juga dapat menguasai daerah-daerah sekitarnya. Manakala Raymond mengusai sebelah Barat Daya Antioch. Pada 15 Julai 1099, Jerusalem berjaya ditawan oleh Tentera Salib yang diketuai oleh Raymond.

Perang Salib Dua
Pope Eugenius III memilih seorang daripada paderi yang bernama Paderi Bernard untuk membakar semangat orang Eropah menyertai Perang Salib. Dalam Perang Salib Dua ini, Louis VII iaitu Raja Perancis dan Conrand III iaitu Raja Jerman telah memimpin tentera Salib untuk menyelamatkan wilayah Kristian di Syam yang ditakluk oleh tentera Islam. Pada 1149, tentera Islam menakluk Antioch. Seterusnya pada tahun 1151 menakluk Edessa iaitu kawasan strategik untuk Orang Kristian. Pada tahun 1164, tentera Islam menawan Bohemond III dan Raymond III yang memerintah Tripoli. Tentera Jerman bergerak menyeberang Sungai Danube iaitu di Selatan Jerman menuju ke Constantinople kemudian bergerak ke Asia Kecil. Tentera Salib telah berhadapan dengan tentera Islam dan sebahagian besar tentera Salib telah terbunuh. Begitu juga yang dihadapi oleh tentera Salib Perancis selain terbunuh dan diserang oleh wabak penyakit ’plague”. Wabak ini tersebar disebabkan oleh keadaan kotor dan mayat yang mati sewaktu peperangan tidak dikebumikan. Tentera Salib yang terselamat telah berangkat ke Syria untuk menyerang Damascus, tetapi tentera Salib kalah teruk ditangan tentera Islam.

Perang Salib tiga
Perang Salib Tiga dipimpin oleh Raja-raja Eropah yang terkenal iaitu Frederik II Barbarossa dari Jerman, Raja Richard The Lion Heart dari England, Maharaja Philip Agustus dari Perancis. Raja Frederick Barbarossa mati lemas semasa menyeberangi sungai di Asia Kecil manakala Maharaja Philip dan Maharaja Richard sering berselisih faham dan menyebabkan angkatan pejuang Salib tidak bersatu dan berselisih faham. Raja Philip telah pulang semula ke Eropah setelah berjaya menawan Acre dan meninggalkan Raja Richard untuk menentang kekuatan Salahuddin. Tetapi baginda tidak berupaya menentang angkatan perang Salahuddin dan gagal membebaskan Jerusalem. Pada tahun 1191 M, tentera Salib datang menyerang semula dengan angkatan tentera yang mempunyai semangat baru. Pada 12 Julai 1192 M, sebahagian tentera Islam telah dapat ditawan kemudian dibunuh dengan kejam. Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun dan berakhir apabila kedua-dua pihak bersetuju menandatangani perjanjian di Ramla pada tahun 1192. Dalam perjanjian tersebut, Richard telah menandatangani persefahaman dengan Salahuddin untuk membenarkan pengunjung penganut agama Kristian mengunjungi Jerusalem melalui Palestin dan Acre yang telah dikuasai oleh pihak Kristian.

Perang Salib Empat
Setelah kematian Salahuddin, Pope Innocent III cuba menawan semula Tanah Suci orang Kristian melalui Perang Salib tetapi cubaannya ternyata lemah dan gagal malah telah memalukan dirinya sendiri. Tentera salib kekurangan perbelanjaan untuk meneruskan Perang Salib. Untuk mengumpulkan dana Perang Salib, pihak gereja menjual surat Kurnia, mengumpulkan derma dan bantuan kewangan dipungut daripada orang Kristian dan orang Yahudi. Pada tahun 1217 angkatan tentera Salib yang diketuai oleh Raja Hungary telah melalui Syiria ke Mesir dan dapat menawan Damietta tetapi kemudian jatuh ke tangan tentera Islam semula. Pada tahun 1228 tentera Salib bejaya menawan Jerusalem bukan dengan peperangan tetapi dengan perundingan dan perdamaian. Siri peperangan Salib yang terakhir ialah pada tahun 1270 dengan mengakibatkan kepada kematian Leftenan Louis di Tunas bersama dengan Putera Edward dari England yang pergi ke Syiria tetapi gagal memperoleh kemenangan.

FAKTOR-FAKTOR PERANG SALIB


Perang salib merupakan kebangkitan orang Eropah menentang orang Islam yang mula memperlihatkan kelemahan mereka. Peperangan yang berlangsung selama beberapa tahun ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong lagi kebangkitan perang salib di Eropah terutamanya.

Antara sebab terpenting yang mencetuskan perang ini adalah permusuhan antara orang Byzantine. Permusuhan antara orang Islam dan Byzantine ini sudah bermula di zaman Rasullallah lagi yang berlanjutan sehingga zaman khulafa Rasyidin. Pada waktu itu, Islam telah muncul sebagai satu kuasa yang besar di Timur Tengah. Walaubagaimanapun, permusuhan ini masih berlanjutan semasa zaman Khalifah Umar Al Khattab dan berlarutan sehingga Khalifah Muawiyah seterusnya Kerajaan Umayyah dan Abasiah. Semasa kepemimpinan Abasiah mengalami kemunduran, permusuhan ini masih berlanjutan walaupun kebanyakan peminpim pada masa itu lebih menumpukan kepada hal ehwal negeri dan permusuhan sesama sendiri. Kekalahan Puak Byzantine di Manzikert pada 1071 yang dipimpin oleh maharaja Rumanos IV menyebabkan pihak Barat sentiasa merasakan bahawa Islam musuh utama mereka. Atas dasar inilah maharaja Byzantine yang seterusnya merancang untuk menghadapi Islam secara besar-besaran. Kerajaan Byzantine meminta pertolongan dari Pope Gregory VII di Rom. Namun pada ketika itu berlaku konflik antara Gereja Kristian. Gereja Kristian berpecah kepada dua iaitu gereja Ortodok di Byzantine (Timur) dan gereja Katolik di Rom (Barat). Perpecahan ini berlaku sehingga kedua-dua gereja tidak mengikhtiraf dan mengkafirkan antara satu sama lain. Justeru itu Gereja Rom menyahut permintaan Byzantine untuk berperang dengan Islam. Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh Pope Gregory untuk meluaskan kekuasaannnya dan menjadi pelindung dalam hal ehwal kaum kristian seluruhnya tetapi tidak berjaya kerana kematiannya. Walaubagaimanapun usaha ini telah diteruskan oleh penggantinya iaitu Pope Urban II.

Namun, di tengah-tengah persengkataan antara orang Byzantine ini, telah muncul golongan Saljuk sebagai satu bangsa yang kuat beragama dan baharu dengan Islam. Golongan ini berjaya menakluki Baitul Maqdis. Golongan ini menentang pemergian orang Kristian ke Baitul Maqdis. Pergerakan orang Kristian disekat oleh orang Turki Saljuk di sebelah utara manakala oleh orang Islam dari Kerajaan Fatimiyah di sebelah selatan. Perarakan agama yang bercorak militer adalah dilarang dan perarakan tersebut mencirikan sebagai satu pasukan militer. Pasukan ini membawa bersama obor-obor, pedang dan seruling diiringi pengawas yang lengkap dengan senjata dan sering mencetuskan pergaduhan dan huru hara. Untuk keselamatan, orang Saljuk menyekat pergerakan itu. Malangnya tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang kristian kerana ia disifatkan sebagai satu pencabulan terhadap agama mereka dan penghapusan adat serta peraturan yang sekian lama dijalankan. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan orang kristian kerana mereka beranggapan bahawa mengerjakan haji di baitul Maqdis besar pahalanya dan menghapuskan dosa dan kejahatan di masa-masa lalu.

“Christ himself will be your leader…wear his crossas your badge. If you are killed your sins will be pardoned…Let those who have been fighting against their own brothers and kinsflok now fight lawfully against the berbarians”.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pope Urban II, beliau amat meggalakkan orang Eropah untuk menyertai perang Salib. Sesiapa yang menyertai perang Salib akan dihapuskan dosanya. Golongan hamba mendapat peluang yang baik untuk memerdekakan diri masing-masing melalui penglibatan dalam perang Salib ini. Pope Urban menetapkan 15 Ogos 1096 sebagai hari memulakan pergerakan tentera Salib ini dan Constantinopel sebagai tempat bermulanya peperangan itu. Selain itu, surat pengampunan dosa yang dikeluarkan dan dijual kepada masyarakat umum terutamanya golongan hamba bertujuan untuk menampung perbelanjaan perang Salib. Namun Pope juga berusaha untuk menyatupadukan kuasa-kuasa Kristian di benua Eropah.

Selain itu, Kerajaan Fatimiyah yang telah merobohkan Gereja Suci pada 1009 m telah menimbulkan perasaan marah orang Eropah terhadap orang Islam. Kerajaan Fatimiyah bertindak meruntuhkan gereja-gereja ‘Holy Sepulchre’ yang menjadi tumpuan kaum Kristian untuk menunaikan ‘haji’. Hal ini kerana gereja suci itu dikatakan didirikan di atas kubur nabi Isa. Gereja ini menjadi tumpuan bagi orang Kristian Barat setiap tahun. Keadaan ini telah mencetuskan perasaan marah orang Kristian yang selama ini telah bermusuhan dengan orang Islam. Kononnya disebabkan pencemaran ke atas tempat suci mereka itulah yang menggerakkan peperangan Salib.

Namun begitu suasana kehidupan masa masa itu juga mendorong masyarakat untuk menyertai peperangan. Orang Eropah yang telah jemu dengan kehidupan mereka secara lama mendorong mereka untuk mengembara dan menggunakan bakat ketenteraan yang ada. Sistem feudal yang mengongkong kehidupan orang Eropah menyebabkan sebahagain pembesar Eropah bercita-cita untuk mendapatkan tanah-tanah baru di Timur bukan sahaja kerana kesuburannya tetapi juga kerana jaminan keamanan yang ada berbanding dengan peperangan yang tak kunjung padam pada ketika itu. Sistem feudal yang menindas hak untuk mendapatkan tanah hanya untuk anak sulong menyebabkan anak-anak yang lain jatuh miskin. Ini memberi dorongan kepada masyarakat yang tidak berharta memperolehi kekayaan dengan mengembara ke negeri-negeri baru. Selain golongan Bangsawan, golongan hamba pula mendapat peluang yang baik untuk memerdekakan diri masing-masing melalui penglibatan dalam perang Salib ini. Bagi orang muda yang hidup berkelana tanpa mempunyai apa-apa kerja, menyatukan diri dalam kumpulan tentera Salib tujuan hidup yang baru, sedangkan banyak pula jumlahnya yang mempunyai dosa-dosa yang berat mengaggap bahawa turut berperang itu sebagai penebusan dosa-dosanya.

KESAN PERANG SALIB

Perang salib yang berlangsung selama 200 tahun itu telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Masyarakat Eropah yang terlibat dengan perang Salib telah membawa perubahan dalam cara hidup mereka. Apabila mereka kembali ke Eropah setelah mengembara ke Timur, mereka kembali membawa budi pekerti yang baru, ilmu pengetahuan yang baru dan cara pemikiran yang baru serta lebih suka bersiar-siar dan belayar. Masyarakat Barat kini merantau keseluruh pelusuk Eropah untuk menyebarkan pemikiran baru ini. Setelah kembali ke Eropah, pengaruh daripada Arab telah menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat Eropah. Mereka lebih berfikiran terbuka dan mempunyai idea-idea baru.

Orang-orang Barat juga tertarik dengan pakaian orang Islam. Mereka telah meninggalkan pakaian Eopah dan berpakaian dengan fesyen-fesyen pakaian kebangsaan Islam. Menurut mereka, dengan memakai pakaian Islam pemakaian tersebut lebih merehatkan pemakainya. Selain itu, struktur binaan rumah juga telah berubah. Orang Eropah lebih suka memilih tempat kediaman mereka dengan binaan ala Timur dengan hiasan yang indah-indah seperti dewan yang luas dan kolam air yang airnya mengalir.

Penyertaan masayrakat dalm siri peperangan yang berlaku menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Perang Salib yang yang berlaku berlangsung selama lebih dua ratus tahun. Justeru itu, banyak tenaga diperlukan dalam berlangsungnya peperangan tersebut. Masyarakat Eropah dikerah untuk menyertai ketenteraan. Rakyat yang ingkar daripada kerahan tenaga di bunuh termasuklah orang Kristian sendiri. Sewaktu berlangsungnya perang salib, kaum Yahudi memonopoli harta dengan mengambil peluang mengaut keuntungan daripada masyarakat yang menjual harta untuk tujuan peperangan. Hal ini kerana kaum Yahudi merupakan kaum yang aktif dalam ekonomi di Eropah semasa perang salib. Pemilikan harta dan kekayaan yang dimiliki oleh kaun Yahudi Eropah mencetuskan kebencian masyarakat kristian. Lantas kaum masyarakat Kristian diseksa dan dibunuh pada masa itu.
Sewaktu berlangsungnya perang Salib, banyak tentera Eropah yang terkorban dalam pertempuran dengan orang Islam. Contonya peperangan yang dipimpin oleh Salahudin Al Ayubi sewaktu merebut kembali Jaruselam di tangan orang Kristian pada tahun 853 hijrah (1187M) yang dikenali sebagai peperangan Hittien. Perang ini berlaku apabila tentera Kristian menyerang orang Islam yang sedang menuju ke Mekah. Pasukan tentera Salib yang terdiri daripada dua puluh ribu orang itu hampir semuanya mati. Di gambarkan mayat-mayat tentera kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan, kaki dan kepala-kepala manusia bergelimpangan.

Sebelum Perang Salib berlaku, masyarakat Eropah Barat telah dikongkong oleh golongan feudal yang mana tuan-tuan tanah telah berkuasa dan bermaharajalela ke atas kaum tani. Mereka dipaksa mengerjakan tanah pertanian untuk tuan-tuan tanah yang terdiri daripada kaum pemerintah dan bangsawan. Setelah berlakunya Perang Salib, sistem feudalisme itu tergugat kerana setiap rakyat Eropah tidak kira kaya atau miskin terpaksa menyertai peperangan. Pihak tuan-tuan tanah tidak berupaya menyekat daripada menyertai peperangan demi mempertahankan maruah gereja dan agama kristian. Oleh itu pemilik-pemilik ladang menghadapi masalah kekurangan pekerja. Pertembungan budaya yang berlaku antara Eropah dan Negara Islam sepanjang Perang Salib juga faktor terhapusnya sistem Feudal. Dengan bertambahnya kegiatan-kegiatan perdagangan kaum Salib telah menambahkan jumlah saudagar-saudagar yang mana kemudiannya mengambil alih peranan bangsawan-bangsawan feudal sebagai sumber kewangan.

Golongan petani dan hamba sahaya menyertai peperangan juga kerana mereka beranggapan bahawa dengan menyertai Perang Salib dan jika bernasib baik selamat sampai ke Jerusalem, mereka mempunyai harapan baru untuk hidup lebih baik dari negeri sendiri. Keadaan ini secara beransur-ansur telah melenyapkan sistem feudalisme di Eropah. Pada zaman ini juga kedudukan gereja (pope) dan raja bertambah kuat. Ramai golongan bangsawan yang menyertai Perang Salib terkorban di medan pertempuran. Raja telah mengambil alih kuasa terhadap tanah para bangsawan. Jika sebelum ini tentangan mereka ditujukan pada raja, tetapi dalam Perang Salib tentangan itu dihalakan pada orang Islam. Malah ada di kalangan mereka terpaksa berhutang dan bergadai bagi membiayai Perang Salib. Keadaan ini sudah tentu boleh melemahkan pengaruh golongan feudal. Perang Salib juga telah menguatkan kekuasaan raja dan telah menyatupadukan kerajaan-kerajaan mereka.

Selepas Perang Salib, gereja tidak lagi berkuasa kerana pihak gereja telah menyalahgunakan kuasa. Contohnya sewaktu Perang Salib, segala kemenangan yang dicapai oleh tentera Salib dipergunakan untuk kepentingan gereja semata-mata. Misalnya sikap gereja Rom yang meletakkan kepentingan gereja mengatasi kepentingan lain. Hal ini menimbulkan perasaan curiga gereja Eropah dan melemahkan barisan Salib. Manakala golongan saudagar dan kaum feudal menjadikan Perang Salib sebagai jambatan untuk kepentingan diri. Contohnya, golongan saudagar membuat pelbagai perjanjian perdagangan dengan negeri-negeri Islam kerana kepentingan ekonomi mereka. Begitu juga sikap kaum Feudal yang berusaha mendirikan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan mereka. Hal ini melemahkan kepercayaan tentera Salib terhadap pihak gereja, saudagar dan kaum feudal.

Sistem feudalisme juga melibatkan politik dan pentadbiran. Sebelum Perang Salib, sistem ini secara tidak langsung melemahkan sistem pemerintahan pusat kerana setiap pembesar wilayah yang sekaligus menjadi ketua golongan feudal mempunyai kuasa dan tentera sendiri. Mereka ini bebas menentukan raja yang hendak dipilih. Ertinya raja yang dipilih itu pula boleh dilucutkan kekuasaannya bila-bila masa sahaja oleh golongan feudal. Orang salah dan hamba-hamba di Eropah telah dibebaskan untuk mengambil bahagian di dalam peperangan itu. Hal yang demikian sudah tentu merupakan faktor yang memberi nilai baru kepada masyarakat dan politik mereka yang mana sebelum ini dalam keadaan kucar kacir.

Perubahan zaman gelap kepada reformasi dan renaisanse menyebabkan kejatuhan kuasa gereja serta kebangkitan kuasa raja seterusnya telah meruntuhkan sistem feudalisme Eropah. Kejatuhan sistem feudalisme menunjukkan bahawa kuasa raja yang sebelum ini dikuasai oleh pihak gereja telah diambil alih oleh pihak raja itu sendiri. Raja Eropah yang berkuasa pada masa itu sedar akan kekuasaan mereka. Raja Eropah iaitu Pope semakin berkuasa dalam sistem pengutipan cukai hasil daripada pertambahan kegiatan perdagangan seterusnya mengambil alih peranan golongan bangsawan feudal yang dahulunya memonopoli sumber kewangan Eropah. Dengan meningkatnya perdagangan maka bertambahlah cukai yang dipungut. Semasa berlakunya perang salib, Eropah berada di zaman gelap dan yang mencirikannya adalah sistem feudalisme dan kekuasaan gereja. Namun begitu dengan runtuhnya sistem feudal dan kekuasaan gereja ini talah membawa Eropah kepada zaman moden .

Sekularisme lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. Kemunculannya adalah berikutan tindak balas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja terhadap masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya. Melalui gerakan yang dilakukan, Orang Kristian Eropah berjaya memisahkan seluruh aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja. Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara, masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina atas asas sekular.

Sewaktu berlakunya Perang Salib, Pihak gereja ( Pope ) juga giat mengumpulkan dana Perang Salib dengan mengeluarkan fatwa bahawa orang yang tidak mampu berperang harus memberikan dana dan akan diampuni segala dosanya sebagaimana orang yang turut berperang. Kepada setiap penderma diberikan ”Sijil Pengampunan”. Akhirnya, gereja menjadi sumber dana yang penting dan terbesar dalam menjalankan misi mengumpulkan semula bala tentera untuk ekspedisi Perang Salib III.

Dalam bidang agama, kekuasaan Pope atau gereja Rom mula menyusut dan mendapat cabaran. Insitusi gereja tidak lagi dihormati. Penyebaran agama kristian dengan kekuasaan dan paksaan telah ditukar dengan cara damai dan diayah. Sekolah-sekolah Franciscan dan Dominician telah dirobohkan untuk tujuan tersebut. Agama Kristian Katolik tersebar meluas di Eropah. Penyebaran dan penganutan agama Kristian di Bohema, Poland dan Hungary telah dikembangkan oleh gereja Kristian Katolik. Begitu juga penyebaran dan perkembangan agama Kristian Katolik ke wilayah-wilayah di Scandinavia, orang Danes merupakan penduduk di Scandinavia yang mula-mula dikristiankan oleh Gereja Katolik, dan kemudian diikuti oleh Norway dan Sweden. Di samping itu juga, usaha-usaha dijalankan untuk menguasai semula wilayah Sepanyol yang telah ditakluk oleh Islam. Dengan kejatuhan Cordova pada tahun 1034, telah memudahkan penyebaran agama Kristian Katolik dan penguasaan semula kerajaan Kristian di Sepanyol.

Perang Salib telah mewujudkan aktiviti perdagangan antara negara Islam (Timur) dengan negara Eropah (Barat). Mereka mendirikan pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka) dan Saida (Sidon). Melalui pusat perdagangan ini mereka telah mengeksport barang dari Timur ke Eropah seperti kain tenunan dari kapas, sutera, pinggan-mangkuk, batu permata dan bijan yang diimport dari India dan Sri Lanka manakala gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah dan bau-bauan diimport dari Asia Barat. Barang ini diperlukan oleh Eropah ketika itu dan hanya boleh diperolehi dari Timur. Venice (pelopor menjayakan perdagangan Mercantile dan merupakan bandar paling kaya di Barat) pusat perdagangan utama dan emporium perdagangan untuk barang seperti kain baldu, kain kasa, sutera, linen yang berbunga dan kraftangan Timur.

Melalui bandar di Itali, bandar lain di Eropah juga mendapat faedah dari perdagangan dengan negara Kristian di Syria. Bandar seperti Genoa, Venice, Barcelona, Marseilles yang berada di Laut Mediterranian menjadi penting. Ianya berfungsi sebagai bandar perdagangan dan bebas dari kongkongan pembesar. Perkembangan bandar menyebabkan kesatuan petukang dan pedagang ditubuhkan. Kesatuan ini merupakan pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuan kesemua kelas burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan barang. Perkembangan perdagangan menyebabkan ekonomi wang berkembang dan telah memecahkan sistem lama.

Munculnya sistem percukaian baru dalam bentuk baru bagi mengantikan sistem lama yang diamalkn oleh gologan feudal. Louis VII ialah orang yang mula-mula memperkenalkan sistem cukai baru ini. Tujuannya bagi mengumpulkan wang sebanyak mugkin bagi menanggung beban peperangan dalam serangan tentera Salib peringkat Kedua. Kadar cukai baru ini ialah satu persepuluh bagi harta benda yang boleh dipindahkan ke atas tokoh-tokoh agama. Atas nama Perang Salib jugalah, Richard the Lion Hearted mengenakan cukai satu per sepuluh ke atas tokoh-tokoh agama. Cukai ini dikenali sebagai Salahudin Tithe. Pedagang juga dikenakan bayaran tol-tol perjalanan. Perang Salib telah membawa implikasi ke arah perubahan sistem ekonomi di Eropah. Ini merupakan titik permulaan kepada pembaharuan sistem cukai zaman moden.

Turut dicedok oleh orang Kristian seperti taktik membina tali air, membajai tanah dan lain-lain. Banyak jenis tanaman dari Timur di bawa ke Eropah seperti Millet, padi, lemon, limau, tembikai, bawang putih dan tebu yang akhirnya di tanam di kawasan yang sesuai di sana. Begitu juga dengan bahan-bahan perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport dari Timur ke Barat.
Terdapat hubungan intelektual antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria khsusnya yang bersangkutan dengan hal-ehwal peperangan seperti seni peperangan, pembinaan kubu pertahanan orang Islam telah ditiru oleh orang Eropah. Mereka juga telah belajar cara bertahan, cara menggunakan senjata manjanik, menggunakan perisai dan cara berkomunikasi melalui burung merpati. Mereka juga belajar cara membina kubu pertahanan, contoh kubu pertahanan Chateau Gaittard dan kubu pertahanan Norwich yang dibina di Eropah Barat pada abad ke-12m menyamai kubu pertahanan orang Islam di Syria.

Emerton menganggap ilmu pengetahuan yang telah didapati oleh orang Kristian dari orang Islam telah menarik mereka dari lembah kehidupan yang buas dan menolak selangkah kehidupan pada alam kebudayaan. Baginya juga, sejak zaman Charlemagne lagi orang-orang Eropah telah mula mengambil kebudayaan orang Islam yang asal dan juga kebudayaan Greek yang telah diperkenalkan semula oleh orang Islam dalam bentuk baru. Akan tetapi, pencedokan ini lebih banyak berlaku dalam Perang Salib. Pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang bertulis dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Dalam bahasa dan Kesusasteraan banyak buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka seperti buku Hikayat 1001 Malam dan Kulailah Wa Dimnah. Raymone Lull dalam abad ke-14 telah memulakan pengajian Timur (Oriental Studies) di sebuah universiti di Eropah dengan menggunkan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Banyak perkataan Arab telah dipinjam bulat-bulat oleh orang Eropah untuk menyebut benda-benda yang baru bagi mereka seperti perkataan mirror (mirrat).


Ilmu Falsafah pula, contohnya atas perintah General Order of Preaches iaitu suatu badan tertinggi Kristian usaha-usaha untuk menterjemahkan karya-karya Islam dilakukan. Antaranya seperti ”Tahafutul-Falasifa” oleh Al-Ghazali (Algazel) dan juga ”Tahafutut-Tahafut” oleh Ibnu Rusyd. Buku Raymund Martin ”Summa Contra Gentiles” juga berasal dari karya Al-Ghazali. Dua orang penulis Sepanyol yang termasyur dan bertanggjawab dalam menyebarkan falsafah Islam di Eropah ialah Raymund Lull dan Raymund Martin.

Bidang Perubatan pula, ilmu perubatan Islam mula mempengaruhi Eropah sejak pertengahan abad ke-11 dan lebih-lebih lagi abad ke-13. Hospital pertama ’Les Quinze-Vingt’ di Paris didirikan oleh Raja Louis IX selepas dia pulang dari Perang Salib. Modelnya berdasarkan hospital Nuruddin di Damshik. Sejak abad ke-12 di seluruh Eropah dapat dilihat telah wujud rumah-rumah sakit yang diatur secara sistematik. Penyakit-penyakit biasa diasingkan dari penyakit kusta atau penyakit-penyakit yang berjangkit. Doktor jururawat yang khusus disediakan di setiap rumah sakit.

Dalam tempoh Perang Salib, banyak buku tentang geografi telah ditulis dan mendedahkan kedudukan geografi negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka serta menunjukkan jalan yang boleh dilalui antara Baitulmaqdis dengan negeri Eropah Barat. Apabila kegiatan ekonomi dan perdagangan berkembang di Laut Mediterranian, maka kajian tentang keadaan laut itu dikaji dan peta tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan pelayaran. Daripada kegiatan mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13M telah membuka mata orang Eropah untuk datang ke negeri di sebelah Timur. Kesenian Islamlah yang telah banyak menyerikan kesenian Barat. Oderius Rom pada tahun 1286 telah mendirikan dan memasang marmar gereja Presbytrian di Westminster Abbey mengikut tempaan Islam. Pada 1884, ahli tenun William Morris telah menemukan baldu penghias gereja mengikut Islam. Orang-orang Eropah turut tertarik dengan kolam air yang dibina di Syria dan akhirnya mereka membawa balik idea pembinaan kolam renang dan cara menggunakannya.

0 Comments: