I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Faktor Perang Salib

Saturday, October 17, 2009

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PERANG SALIB
Faktor Politik

Permusuhan antara orang Islam dengan orang Kristian telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Kemuncak permusuhan ini adalah apabila Alp Arselan dari Bani Buwaih berjaya menewaskan puak Byzantine di Manzikert pada tahun 1071 M. Atas dasar inilah empayar Byzantium meminta bantuan kepada kaum Baba dan Kaum Nasrani. Konstantinople dibina untuk dijadikan pusat kegiatan keagamaan selain sebagai pusat kegiatan politik negara. Konstantine Yang Agung membina kota ini kerana menganggap bahawa Rom tidak lagi sesuai lagi untuk ajaran Masihi. Rom dibina mengikut arkitektur Buddha. Sejak Konstantinople menjadi pusat kegiatan agama dan politik, sejak itulah ia berjalan dengan kemegahannya. Itulah masa pertama kejayaannya setelah dikuasai oleh kerajaan Usmaniah pada tahun 857 H / 1453 M.
Pusat pemerintahan yang bersembunyi di Konstantinople adalah musuh utama Islam sejak tahun 13 H. Hal ini mendorong umat Islam untuk segera mengusainya. Berbagai usaha dijalankan untuk merebut kota Konstantinople. Ia berhasil apabila kerajaan Usmaniah berjaya menguasai Konstantinople. Sebahagian pemimpin melarikan diri ke Eropah dan Balkan. Pemimpin Byzantium Alexius I terusir dari negerinya setelah kaum Saljuk berjaya menduduki sebahagian besar Asia kecil dan bahagian utara Syam. Keadaan inilah yang mendorong Alexius Comnenus I meminta bantuan Pope Gregory VII. Ia bertujuan untuk mempertahankan pusat kerajaaan mereka yang berada di hadapan kekuatan Islam sejak beberapa abad itu.
Sementara itu, pada abad ke-11 kedudukan Pope mulai dianggap penting. Ia menjadi pemimpin semua aliran Kristian, baik di Barat mahupun di Timur. Pope bermatlamat untuk menyatukan semua gereja. Pada waktu itu gereja telah berpecah kepada dua iaitu gereja Barat dan gereja Timur. Perpecahan ini disebabkan oleh berlakunya Conferensi Rom pada tahun 869 M dan Conferensi Constantinople 879 M. Pope berusaha untuk menundukkan gereja Orthodox Timur, tetapi pertentangan antara Gereja Barat dan pemerintahan Byzantium menghalangi niat Pope ini.
Peluang untuk melaksanakan matlamat Pope ini membuahkan hasil apabila pemerintah Byzantium meminta bantuan Pope untk menghadapi ancaman daripada Saljuk. Peluang emas ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Pope untuk muncul sebagai pemimpin tunggal untuk semua penganut agama Kristian dalam berjuang melawan kaum muslimin dan sekaligus bercita-cita menyatukan gereja Timur dan gereja Barat di Byzantium serta mengembalikan tanah-tanah suci di Jerusalem. Selain itu, tujuan penyatuan di bawah kuasa Pope adalah Pope ingin menguasai seluruh masyarakat di Eropah. Oleh yang demikian Pope Urban II telah menetapkan 15 Ogos 1096 sebagai hari
memulakan pergerakan angkatan tentera Salib dan Constantinople sebagai pusat semua angkatan tentera Eropah yang akan melanggar ke Timur.

Faktor Ekonomi

Faktor ini juga berperanan dalam mencetuskan Perang Salib. Semua golongan di Eropah yang terlibat dalam Perang Salib mengganggap faktor ekonomi merupakan faktor yang menyebabkan mereka bersetuju melibatkan diri dalam Perang Salib. Ini disebabkan oleh ketika Eropah (terutama Perancis) melancarkan propaganda Perang Salib, negaranya sedang menghadapi krisis ekonomi yang amat teruk. Disebabkan itu, sejumlah besar golongan rakyat yang miskin dan penjenayah menyambut baik seruan ini, bukan kerana panggilan agama tetapi panggilan ‘perut’. Buktinya mereka merompak serta merampas makanan dan harta benda sesama orang Kristian dalam perjalanan menuju Constantinople ketika menyerang Jerusalem.
Selain itu, telah wujud tiga pelabuhan besar iaitu Venice, Genoa dan Pisa di bawah pemerintahan Itali yang memberikan bantuan terutama armada laut serta membelanjakan wang dan senjata untuk menggalakkan peperangan ini. Pemerintah Itali bermaksud hendak menguasai dan menduduki pelabuhan-pelabuhan timur dan selatan seperti pelabuhan-pelabuhan di Syam supaya pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan mereka di Timur dan supaya perdagangan Eropah bersambung dengan jalan laluan perdagangan di Timur. Ia juga bertujuan supaya pedagang-pedagang di Timur melalui jalan-jalan ini. Ini disebabkan pedagang-pedagang Arab berdagang di seluruh Asia terutamanya yang mempunyai bahan dagangan yang penting kepada penduduk di Eropah. Dengan menguasai pelabuhan-pelabuhan di Timur memudahkan mereka mendapat barang dagangan yang mereka inginkan.

Faktor Sosial-Politik

Faktor sosial-politik juga memainkan peranan yang dominan dalam konflik Perang Salib ini. Kelas sosial masyarakat Eropah terbahagi kepada tiga kelompok iaitu kelompok pertama terdiri daripada orang-orang gereja dan bangsawan. Kelompok kedua iaitu kelompok kesatria yang terdiri daripada para bangsawan dan penunggang kuda (knights) dan kelompok ketiga iaitu kelompok petani dan hamba.
Sistem masyarakat feudal, selain mengakibatkan timbulnya golongan tertindas, juga menimbulkan konflik sosial yang merujuk kepada kepentingan status sosial ekonominya. Kelompok ketiga merupakan kelompok yang terbesar di Eropah dan kelompok ini juga yang sering tertindas untuk memenuhi dua kelompok di atasnya. Golongan ini tertekan dengan kewajipan membayar cukai dan kerja paksa yang harus dituruti. Kelompok atas tidak bertindak sebagai penolong kepada kaumnya tetapi mereka adalah pemeras, orang yang tamakkan kekuasaan dan ingin membentuk kerajaan-kerajaan baru di Timur. Mereka telah memaksa golongan petani dan hamba untuk menjadi tentera. Pasukan-pasukan inilah yang ditugaskan ke timur untuk memperkukuhkan kekuasaan demi memenuhi nafsu setiap peribadi para pemimpin.
Setiap golongan masyarakat seperti disebutkan di atas tadi mempunyai kepentingan tersendiri untuk melibatkan diri dalam Perang Salib. Golongan bangsawan melihat perang tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan tanah baru di Timur serta mendirikan kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah kekuasaan di Timur. Dalam proses Perang Salib nanti akan menampakkan bahawa dorongan ini merupakan faktor terlemah tentera-tentera Salib kerana timbul persaingan bahkan konflik sesama sendiri. Selain itu, disebabkan tanah di Timur adalah lebih subur, udaranya tidak dingin dan harapan mereka bahawa tanah itu aman berbanding di Eropah yang sering terlibat dengan Perang Saudara. Ia menyebabkan tanah tidak subur dan tanaman-tanaman di Eropah tidak dapat dikendalikan dan mulai lenyap. Ini menyebabkan timbul kebuluran di merata-rata seluruh Eropah. Kesan ini lebih ketara kepada golongan hamba dan petani. Hal ini diakui oleh seorang Rahib yang hidup pada abad kesebelas, yang menyatakan tentang keadaan kebuluran yang melanda di Eropah iaitu pada tahun 1033 M. Rahib ini menyatakan bahawa “Di waktu terjadinya kebuluran, binatang dan burung-burung telah habis, penduduk terpaksa memakan daging manusia. Golongan yang kuat berusaha menangkap golongan yang lemah di jalanan. Mereka disembelih, daging mereka dibakar dan dimakna. Sewaktu krisis yang semakin genting, ada di antara berusaha membongkar mayat dalam kubur untuk dimakan”. Disebabkan peperangan sering berlaku di Eropah maka lahirlah pelbagai wabak penyakit hasil daripada keadaan yang tenat, kebuluran dan mayat-mayat manusia terbiar di merata-rata tempat. Oleh disebabkan ini orang Eropah menyambut baik propaganda Perang Salib terutamanya kelompok ketiga. Bagi kelompok ini, jika ditakdirkan mati, lebih baik mati suci daripada mati kelaparan dan hina, mati sebagai hamba. Jika bernasib baik, selamat sampai ke Jarusalem, mereka mempunyai harapan baru yang mana hidup lebih baik daripada negeri sendiri.
Undang-undang masyarakat feudal mengenai warisan menyebabkan sebahagian genarasi muda menjadi miskin kerana hak waris hanya dimiliki anak sulung. Dengan mengembara ke Timur, melalui Perang Salib, anak-anak muda ini berharap akan memiliki tanah dan memperolehi kekayaan dari imbuhan peperangan di samping dapat menebus dosa. Di samping itu, permusuhan yang berterusan antara pembesar-pembesar feudal telah melahirkan pahlawan yang kerjanya hanya berperang. Mereka juga menyambut baik propaganda ini bukan semata-semata tujuan agama tetapi sebaliknya untuk menunjukkan kepahlawanan mereka yang bukan sahaja di kalangan orang Islam tetapi di kalangan orang Kristian sendiri.
Besarnya kekuasaan Pope pada abad pertengahan, ia begitu nyata dan nampak dari kelemahan Raja itu sendiri yang tidak berani menolak permintaan Pope. Kalau raja menolak, ia akan disenarai hitamkan oleh pihak gereja yang boleh mengakibatkan turunnya wibawa raja di mata rakyat. Hal ini terbukti ketika Raja Frederick II terpaksa turun berperang dengan membawa tentera yang sedikit, dan membelok ke Syam ketika beliau seharusnya memberikan bantuan ke Mesir. Beliau tidak bersemangat untuk berperang dan telah menghubungi Sultan al-Malik al-Kamil untuk menerangkan keadaannya bahawa beliau tidak membawa misi suci (Perang Salib). Kerana itu beliau memintanya untuk menjaga rahsia beliau agar tidak diketahui orang Jerman.

Faktor Agama

Faktor ini dikaitkan dengan kebangkitan kuasa kaum Saljuk di Asia Minor yang mana pada 1070 M, telah berjaya menawan Jerusalem dan Baitul Maqdis khasnya. Kononnya dengan kejayaan tersebut orang-orang Saljuk telah bertindak kejam terhadap jemaah-jemaah ‘haji’ Kristian yang mengunjungi Baitul Maqdis. Penguasaan kaum Saljuk di Asia Minor seolah-olah mengepung Baitul Maqdis, sebab di selatannya terdapat kerajaan Fatimiyyah yang pada 1007 M pernah bertindak meruntuhkan gereja-gereja Holy Sepulchre yang menjadi tumpuan kaum Kristian mengerjakan ‘haji’. Kononnya disebabkan pencemaran ke atas tempat-tempat suci mereka berlakunya Perang Salib.
Orang-orang Kristian dari segenap pelosok Eropah datang mengerjakan ‘haji’ dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera hendak berperang. Sebahagian daripada mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap. Sebelum Jerusalem ditadbir Kerajaan Saljuk, upacara tersebut dibenarkan atas dasar toleransi tetapi selepas kerajaan ini mengambil alih, upacara seperti itu tidak dibenarkan atas faktor keselamatan. Keputusan yang dibuatkan mungkin disebabkan oleh upacara tersebut semakin merbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara.
Menurut Gustave Le Bon, pada tahun 1064 ketua Bishop memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah ‘haji’ yang terdiri daripada kumpulan bangsawan (baron) dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Keadaan ini yang membimbangkan Kerajaan Saljuk. Larangan ini dibuat demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan ini disalah anggap oleh orang-orang Eropah. Sikap kerajaan Saljuk ini menyebabkan orang Kristian berdendam dan marah kepada orang Islam dengan menuduh umat Islam sebagai umat yang taksub, melakukan penindasan terhadap orang-orang Kristian dan mencabuli kemuliaan tempat-tempat suci mereka. Ketua-ketua agama mereka telah berkempen bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan daripada genggaman umat Islam.
Walau bagaimanapun faktor agama hanya mempengaruhi sesetengah kumpulan orang Kristian sahaja yang turut serta dalam Perang Salib. Pope Urban II telah mempergunakan segala cara untuk menarik hati hati rakyat agar semangat keagamaan mereka terangsang. Pope telah menawarkan pengampunan dosa bagi sesiapa yang menyertai ekspedisi, membebaskan pasukan Salib daripada semua kewajipan atau beban terhadap kerajaan seperti cukai. Penawaran daripada Pope ini jugalah menyebabkan golongan ketiga yang paling ramai menawarkan diri untuk terlibat dalam perang ini.

PERINGKAT AWAL PERANG SALIB

Perang Salib I

Perang Salib I bermula apabila Alexius I, pemerintah Byzantine meminta pertolongan untuk mempertahankan empayarnya daripada kerajaan Seljuk. Keadaan ini menjadi alasan bagi Pope Urban II pada sekitar tahun 1095 M untuk menyeru semua masyarakat Kristian untuk berperang dengan Turki, dan peperangan ini dikatakan sebagai penebusan dosa bagi orang Kristian. Peperangan ini tamat tiga tahun kemudiannya. Peperangan ini diketui oleh orang Perancis, Itali, dan Jerman . Keberangkatan tentera Salib ini menuju ke Timur Tengah adalah kerana sudah tidak sabar menunggu lebih lama untuk kebebasan, kemewahan dan habuan yang dijanjikan. Oleh itu, Paderi Patriach Ermite telah memimpin 280,000 tentera lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan tentera Salib ini telah melakukan pelbagai kegiatan yang tidak senonoh seperti merompak, memperkosa dan mabuk-mabuk. Sesampai di Hungary dan Bulgaria, sambutannya sangat dingin dan pada masa yang sama tentera Salib yang sudah kekurangan makanan telah marah dan bertindak merampas harta benda penduduk tempatan, keadaan ini menyebabkan pertempuran berlaku dan seramai 7000 sahaja tentera salib yang selamat sampai di Semenanjung Thracia (Albania) di bawah pimpinan seorang Rahib Ortodok. Tentera Salib menghadapi pelbagai halangan dalam usahanya untuk memasuki Asia Kecil antaranya tentera salib terpaksa berlawan dengan orang Islam apabila mendarat di Pantai Asia Kecil dengan kekalahan yang teruk tentera Salib.
Walau bagaimanapun, Perang Salib yang sebenarnya hanya berlaku dengan terbentuknya tiga angkatan besar perang yang berjumlah 150,000 orang askar yang berkumpul di Constantinople yang dipimpin oleh para bangsawan Eropah iaitu Godfrey dan saudaranya Baldwin, Bohemund dan Count Raymond. Kemudiannya menyeberang Selat Bhospuros dan melanggar wilayah islam seperti air bah. Dengan angkatan tentera yang beratus ribu itu menyebabkan dengan mudah mereka menumpaskan tentera Islam yang hanya mempunyai kekuatan 50,000 tentera yang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. Oleh itu, satu persatu kota dan benteng tentera Islam jatuh ke tangan tentera Salib. Tentera Salib seterusnya mara ke arah Selatan Turki. Pertempuran di Darylaeum meluas ke Tenggara Nicaea sehingga akhir 1097 M. Ketika ini tentera Salib meraih kemenangan ekoran Kerajaan Seljuk yang berada dalam keadaan yang lemah. Antara kejayaan tentera salib ialah mereka berjaya memasuki Selatan Anatolia dan Torres, Edessa pula berjaya ditawan di bawah pimpinan Baldwin. Setelah bersusah payah selama sembilan bulan, Bohemund akhirnya dapat menakluk Antioch iaitu ibu kota lama Byzantium pada 3 Jun 1098. Antioch merupakan ibu kota yang mempunyai benteng yang sangat kuat kerana kedudukannya sangat strategik dengan gunung-gunungnya yang mengelilingi sebelah utara dan timur dan sungai yang membatasinya. Kejatuhan Antiaoch juga adalah disebabkan oleh pengkhianatan bangsa Armenia yang memihak kepada tentera salib dan juga kelengkapan perang tentera salib.
Setelah penaklukan Antioch, Bohemund dapat menguasai daerah-daerah sekitarnya manakala Raymond pula menguasai sebelah barat daya.Antioch dan tidak mahu menyerahkannya kepada Bohemund kerana dia sendiri mempunyai cita-cita menguasai seluruh Antioch. Krisis ini akhirnya selesai apabila Raymond ditugaskan untuk menyerang Jerusalem dan dalam tempoh satu bulan, Jerusalem dapat direbut pada 15 Julai 1099. Kekalahan tentera Islam ketika Pemerintahan Fatimiyyah yang menguasai Jerusalem sudah dapat dijangka kerana kota-kota penting telah jatuh satu persatu. Selain itu juga, jumlah tentera Salib ini diwarnai dengan pembantaian yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan. Berlaku keganasan yang luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempun dan kanak-kanak dengan sangat ganas dan juga membantai orang-orang Yahudi dan juga orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan tentera Salib. Keganasan tentera Salib ini sangat melampau diperkatakan oleh semua agama dan bangsa. Secara amnya, faktor agama merupakan pendorong yang penting dan ini berbeza dengan Perang Salib yang seterusnya.

Perang Salib II

Perang ini adalah rentetan Perang Salib I, apabila tentera-tentera Salib menakluki kawasan-kawasan disebelah timur dan juga ladang-ladang besar untuk diri sendiri dan menjadi raja-raja kecil feudal. Kawasan-kawasan ini bergelar Kerajaan Latin dan ia kekal lebih kurang 100 tahun. Kawasan ini dikelilingi di ketiga-tiga bahagian oleh orang Turki. Tidak berapa lama selepas itu, Turki menyerang kawasan-kawasan Kristian tersebut dan pada 1144 M, mereka berjaya menakluki kerajaan kecil yang bernama Edessa. Edessa dianggap oleh penganut Kristian sebagai salah sebuah kota suci dan berita kejatuhan Edessa begitu mengejutkan Eropah kerana Edessa merupakan kawasan penting yakni untuk mengawal jalan darat dari Mesopotamia ke utara Syria. Keadaan ini telah memaksa perang salib diteruskan. Perang Salib II (1147-1149 M) ini telah diseru oleh St. Bernard, beliaulah yang membakar semangat orang-orang Eropah untuk mengangkat pedang membantu tentera-tentera Salib di Timur. Bernard dibantu oleh Conrad III dan Louis VII. Ramai tentera Salib yang terkorban dalam pertempuran ini. Tentera Jerman bergerak dahulu menyeberangi Sungai Danube (selatan Jerman) menuju Contatinople dan di sana mereka disambut Maharaja Manual (Byzantium) yang hanya memiliki semangat tetapi tidak pandai berperang dan sesampainya ke Asia Kecil, dengan mudah tentera Jerman ini dibunuh oleh tentera Islam. Begitu juga dengan nasib tentera Perancis yang tiba di Constantinople, kebanyakannya mati selain mati kerana wabak penyakit. Pemerintahan dan kekuatan tentera Nurudin Zangi berjaya memerangi saki baki tentera dalam pertempuran yang hebat, menyebabkan mereka pulang ke Eropah dengan kekalahan. Oleh itu, Perang Salib II selesai. Namun begitu Jerusalem masih lagi dikuasai oleh penguasa-penguasa Kristian yang telah dilantik oleh pimpinan gereja.
Punca kegagalan tentera Salib dalam Perang Salib II ialah tiada kerjasama antara tentera salib dan saling tidak mempercayai kerana khuaitir kekuasaan akan dirampas, ditambah lagi wabak penyakit terutamanya yang menimpa tentera Salib dan juga serangan yang dilakukan secara serentak seperti Perang Salib I. Kegagalan ini juga disebabkan oleh kepintaran ketua askar Islam iaitu Saladin. Saladin berjaya mengalahkan askar-askar Kristian dekat Laut Galilee, mara ke selatan dan menakluk Jerusalem. Pada masa yang sama satu demi satu kerajaan kecil Kristian jatuh ke tangannya. Orang Kristian hanya berkuasa di sebuah Bandar kecil bernama Tyre. Berita kemenangan Saladin ini memeranjatkan Eropah dan Paderi Agung menyeru mengadakan satu lagi Perang Salib.

Perang Salib III

Perang Salib III berlaku apabila kejatuhan Baitul Maqdis telah mengemparkan dunia Kristian, dan ia adalah reaksi orang Kristian terhadap malapetaka ini, lalu dibentuk satu angkatan tentera yang besar dibawah pimpinan tiga orang raja Eropah iaitu Frederick Barbarossa dari England, Philip Augustus dari Perancis dan Richard the Lionheart dari England. Di antara ketiga-tiga raja ini, Raja Frederick yang paling cergas dan bersemangat. Malangnya beliau telah tenggelam ketika menyeberangi Sungai Cilicia di Armenia. Sehubungan itu, tentera-tenteranya berpecah belah dan pulang ke negeri masing-masing. Oleh itu, hanya tinggal tentera-tentera pimpinan Richard dan Philip yang bersama-sama Guy dari Jerusalem telah menawan Acre pada 12 Julai 1191. Walau bagaimanapun, akhirnya Philip pulang ke negerinya disebabkan masalah kesihatan atau mungkin kerana konflik peribadinya dengan Richard . Walaupun, hanya Richard yang tinggal, namun semangat “singanya” terus menyala untuk menentang Saladin yang telah menawan Jerusalem, namun kekuatan Saladin tidak sedikit pun tergugat. Jadi Richard telah menghadapi pemberontakan daripada kaum Saxon (ketuanya Robin Hood), jadi keadaan ini memerlukan Richard untuk segera kembali mententeramkan kestabilan negaranya. Sehubungan itu, perjanjian damai al-Ramlah telah diadakan pada November 1192. Perjanjian ini mengakui Saladin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali Bandar Acre diletakkan di bawah pemerinhatan Kristian. Perjanjian ini juga menyetujui para “haji” Kristian menziarahi kota-kota sucinya tanpa membawa sebarang senjata serta dalam kumpulan-kumpulan kecil. Maka berakhirlah Perang Salib III. Perjanjian Ramallah ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlanjutan selama lima tahun, sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas perjanjian Ramallah inilah, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Saladin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian dan keadaan ini telah menyebabkan seluruh Kristian kembali mengangkat senjata, namun tanah suci masih di dalam tangan Saladin. Melalui perang ini Saladin telah berjaya menyatukan mereka yang berlainan bangsa dan kaum di atas jalan tuhan bermula 1187 hingga 1192 dan perang ini merupakan perang Ssalib terakhir yang telah melibatkan bilangan pejuang yang besar, iaitu seramai 300,000 orang .

0 Comments: