I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Peperangan Tiga Puluh Tahun

Saturday, October 17, 2009

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PEPERANGAN TIGA PULUH TAHUN

Reformasi Agama Kristian Katolik dan Protestant

Peperangan ini bermula pada 1618-1648 yang mengandungi empat fasa serta mengalami tempoh masa selama 30 tahun, iaitu bermula pemberontakan Bohemia Palatine (1618-1648), Campurtangan Denmark (1624 1626), Campurtangan Sweden (1630 1635), dan berakhir dengan Campurtangan Perancis-Swedish (1635 1648). Namun begitu agama Protestant telah berkembang di Austria, Hungary, dan Bohemia yang mewakili cabaran politik kepada kedaulatan Hapsburg. Walaubagaimanapun, terdapat reaksi Katolik di Bohemia, di mana Katolik ingin menjatuhkan gereja Protestant, pemilihan Jesus, perletakan jawatan Ferdinand sebagai Raja Styria dan pengharaman Protestant di pejabat sivil yang menyebabkan perang ini berlaku. Sikap permusuhan antara ajaran Katolik dan Protestant menyebabkan pertikaian agama dan akhirnya menjurus kepada permasalahan politik dalam negeri berkenaan, misalnya John George adalah penganut Protestant tidak suka akan penentangan, sebaliknya Lutheran ajaran Martin Luther suka kepada pemberontakan, hal ini dapat dilihat apabila dia menyokong Frederick Palatine yang suka akan pemberontakan sebagai ketua Calvinism mereka, beliau menghadapi saingan daripada John George dan akhirnya John George menjadi raja di Jerman, daripada contoh ini kita dapat melihat peperangan ini bukan sesuatu peperangan yang mudah untuk mengurangkan perselisihan antara negara yang terlibat.
Keluarga Hapsburg Austria adalah pemerintah seluruh Austria, negeri-negeri Bohemia dan Hungary, dan empayar Rom Suci. Selepas kematian Ferdinand 1 pada tahun 1564, anaknya Maximilian II, memerintah daerah itu dan diikuti anak Maximilian II (bapa saudara Philip III Sepanyol) iaitu Rudolf II (1576-1612), dan Matthias (1612-1619), semasa pemerintahan mereka, Jerman berada dalam keadaan lemah dan berlakunya perkembangan agama, ekonomi dan politik yang akhirnya mengakibatkan perang saudara dan campur tangan kuasa asing.


Menurut Southgate :
“The history of Europe in the first half of 17th century is mainly concerned with Thirty Years War.”

Kesan permusuhan ini telah mengakibatkan Fredinand II membuat peraturan dan teori ke atas negeri-negeri Jerman, Raja Empayar Rom Suci, Jerman, Austria, negeri-negeri ini telah menikmati satu tempoh keamanan ketika itu Perancis berada dalam pergelutan peperangan yang menyebabkan Sepanyol tidak berjaya untuk menindas pemberontakan di Neartherland. Semasa proses keamanan berlangsung, ia bergantung kepada polisi toleransi yang dilaksanakan oleh Charles V( empayar Rom Suci), di mana Austrian Hapsburg di bawah kuasa Arch Duke Of Austria, iaitu kerajaan Hungary dan Bohemia dan Rom Suci. Namun begitu, disebabkan Ferdinand I dan Maximilian II yang mengamalkan dasar liberal telah menyedarkan rejim mereka akan dasar toleransi. Oleh itu, Katolik memutuskan pertikaian Protestant, hal ini kerana Danauworth merupakan bandar bebas yang majoriti penduduknya penganut Protestant, sementara itu, penganut Katolik pula ramai di Bavaria. Sehubungan itu, hubungan antara penganut Protestant dengan Katolik bagaikan pisau belati yang boleh menguris antara satu sama lain.

Kelemahan Perdamaian Augusburg 1555

Di Jerman, Martin Luther memprotes terhadap pengikut Pope iaitu supaya agama Protestant dimajukan. Di Jerman ajaran Protestant Calvinism bersifat agresif dalam menyebarkan ajarannya. Hal ini kerana, pengganti maharaja Charles V, Ferdinand 1 dan Marximilian II tidak bertindak tegas terhadap isu-isu agama yang melanda di negeri-negeri Jerman. Kesannya dapat dilihat apabila terdapat satu dasar liberal dan toleransi yang telah mengizinkan kepelbagaian fahaman Kristian kepada rakyat Jerman. Oleh itu, terdapat pelbagai percubaan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah fahaman agama misalnya melalui Perdamaian Augusburg 1555.
Perdamaian Augusburg 1555 yang diharapkan dapat memulihkan keadaan di Jerman, menemui kegagalan, pertamanya syarat yang melarang menduniakan harta Kegerejaan (“hak kegerejaan”), tetapi larangan tersebut tidak dipatuhi, hal ini kerana putera raja Protestant merampas harta orang-orang Katolik. Sementara itu golongan paderi gereja Katolik memeluk agama Protestant telah menjadikan tanah gereja sebagai hak milik mereka. Syarat kedua dalam perjanjian ini hanya mengiktirafkan agama katolik dan Protestant sahaja, sementara itu mazhab Calvinism tidak diiktiraf, namun, mazhab Calvinism ini telah menjadi terkenal di Jerman Selatan dan di tengah Bohemia dan mereka ingin menuntut hak yang sama seperti ajaran agama Kristian yang lain. Melalui Perdamaian Augusburgs ketidakadilan raja terhadap agama merupakan fokus utama. Selepas abad ke 16, ajaran Katolik berkembang disebabkan peranan yang dimainkan oleh Luther. Perselisihan ajaran Kristian berlaku antara Lutheranism dan Calvinism, jadi Calvin tidak menghiraukan pertukaran putera raja. Luther takut ajaran dan prinsip-prinsip Augusburgs akan menjejaskan ajaran Katolik, keadaan ini juga menyebabkan putera menjadi penganut ajaran Roman, penganut ajaran Luther menubuhkan Protestan Union (1608) dan penganut Roman Katolik menubuhkan League (1609).

Peranan yang dimainkan oleh Jesus

Calvinism telah mengukuhkan kuasa dengan agresif sekali, pertembungan dengan ajaran Lutheran dan Katolik telah berlakunya ketegangan agama di antara mereka. Dalam perjanjian Augusburg ini, satu kesatuan putera-putera raja Jerman yang beragama Protestant telah ditubuhkan pada 1608 di pimpin oleh Frederick (Elector Palatine).
Dalam tahun 1609, satu perikatan putera-putera raja katolik dibentuk di bawah Duke Maximilian Bavaria yang berkebolehan. Misi utama mereka adalah dalam aspek agama, ekonomi dan politik, keadaan ini disebabkan ingin membahagikan Jerman kepada dua pakatan iaitu pakatan perang dan mengancam Empayar Rom Suci dengan satu perang saudara. Perikatan Katolik menyokong Maharaja Hapsburg untuk menentang kesatuan Protestant, namun begitu keinginan putera raja katolik tidak berminat untuk mengorbankan diri mereka dalam memperkukuhkan kekuasaan maharaja Protestant.

Polisi Empayar Ferdinand

Menurut Hayes :
” Affairs in Germany from beginnig of 17th century pointed out likelihood of the recourse to war as a means of setting the religious problem”

Satu pemberontakan Bohemia telah berlaku terhadap orang Hapsburg. Dalam pemberontakan ini, perusuh yang marah telah melontarkan pegawai-pegawai diraja keluar tingkap istana dan menawarkan Frederick sebagai ‘Elector Palatine’. Keadaan ini merupakan cabaran kepada maharaja Ferdinand II dan tercetusnya perang tiga puluh tahun. Justeru itu, beliau diturunkan takhta Hapsburg dan Fredrick dilantik sebagai maharaja Bohemia dan dikenali Calvinistis Elector Palatine serta diterima di Prague. Sementara itu, Ferdinand II mengambil langkah yang giat untuk menyingkirkan Frederick dari Bohemia. Dia berpakat dengan Philip III (sepupunya berbangsa Sepanyol), untuk menyerang Palatine dengan pasukan tentera Sepanyol. Ferdinand II ingin mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan membawa keseluruhan Jerman di bawah peraturannya dan mahu satu integriti politik serta perpaduan Jerman di bawah pemerintahannya nanti. Keadaan ini berpunca daripada pegangan agama dan dasar Sepanyol, seterusnya situasi ini melenyapkan hampir semua mazhab Protestant dari selatan dan timur Eropah dan menyekat kemajuan Eropah tengah, gugusan kuasa Sepanyol-Hapsburg-Paus sehingga meninggalkan kesan ke atas peta keagamaan dan kebudayaan masyarakat Eropah.

0 Comments: