I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Martin Luther

Thursday, October 22, 2009

1.0 PENGENALAN

Reformasi ialah gerakan agama yang mengambil tempat pada dekad kedua dan ketiga abad ke-16. Reformasi mempunyai pelbagai pengertian. Mengikut Brinton, Christopher Da Wolff dalam A History Of Civilization, ia adalah suatu revolusi intelek, sosial dan ekonomi. Pemimpin-pemimpin utamanya adalah Martin Luther, John Calvin dan Henry VIII dari England sebenarnya tidak bertujuan untuk mengadakan revolusi seumpama ini. Mereka sebenarnya hanya ingin kembali kepada gereja lama yang sebenar.

Mengikut Encylopaedia Britannica, reformasi adalah revolusi adalah revolusi agama abad ke-16 yang membahagikan dunia Kristian kepada dua blok iaitu Katolik dan Prostestan. Mengikut Muhammad Kamlin dalam buku pengantar Pemikiran Politik Barat, reformasi merupakan suatu perkembangan dalam Sejarah Eropah yang berjaya mencabar beberapa andaian dan pegangan pokok yang telah membentuk sikap gereja Katolik pada zaman pertengahan, khususnya tentang agama dan hubungannya dengan perkara-perkara duniawi atau sekular seperti negara, politik dan kerajaan. Akibat perubahan ini, asas agama Kristian pada zaman pertengahan diserang dan digantikan dengan sistem yang baru.

Gerakan ini bermula di daerah Jerman dan Martin Luther ( 1483-1546 ), seorang sarjana agama keturunan Jerman merupakan pengasas kepada gerakan agama ini. Martin Luther merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam sejarah agama kristian yang memulakan reformasi protestan menyebabkan perubahan yang besar dalam agama kristian. Pada peringkat permulaan gerakan protes ke atas gereja roman katolik tidak mendatangkan fenomena sehinggalah kemunculan Martin Luhter iaitu individu yang secara terang-terangan mengkritik institusi kegerejaan. Martin Luther bukan sahaja berperanan sebagai seorang penulis dan profesor malahan sebagai seorang rahib dan paderi sehingga digelar mempunyai tujuh kepala. Dari satu sudut yang lain, Martin Luther adalah seorang wira dan pencetus dalam revolusi keagamaan yang penting dalam sejarah dunia kristian walaupun pada pendapat lain yang menyatakan Martin Luther sebagai seorang pembidaah yang telah mengancam masa depan agama kristian. Martin luther bukan sahaja mencabar korupsi dalam keagamaan dan gereja namun turut memainkan peranan dalam mengubah sejarah manusia.










2.0 LATAR BELAKANG MARTIN LUHTER










Martin luther lahir pada 10 November 1483 di empayar Rom Suci dan mati pada 18 Februari pada umur 62 tahun di Eisleben. Beliau merupakan seorang ahli teologi dan paderi. Isterinya bernama Katharina Von Bora. Beliau mempunyai enam orang anak iaitu Hans, Elizabeth, Magdalena, Martin, Paul dan Margarethe. Bapanya bernama Han Luther yang merupakan seorang pelombong manakala ibunya bernama Margarethe Luthe. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik perempuan dan empat orang adik-beradik lelaki dan salah seorangnya dikatakan adalah Nabi Yaakub. Han Luther merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu melihat anaknya menjadi seorang peguam. Oleh itu, Han Luther telah menghantar Martin Luther ke sekolah Latin di Mansfeld dan seterusnya ke Magdeburg pada 1497. Semasa berumur 17 tahun, Martin Luther telah memasuki Universiti Erfurt iaitu pada tahun 1501.
Selaras dengan impian bapanya Martin Luther telah dihantar ke sekolah undang-undang tetapi merasakan undang-undang tersebut tidak mempunyai kepastian. Hal ini kerana beliau lebih berminat kepada teologi dan falsafah. Tambahan pula beliau dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu, Batholomaus Arnoldi Von Usingen dan Jodocus Trutfetter. Martin Luther terus berhasrat untuk menjadi seorang paderi selepas satu peristiwa berkaitan dengan petir pada 2 Julai 1505, semasa peristiwa tersebut Martin Luther takut dengan kematian sehingga beliau menyeru, “ membantu! Saint Anna, saya akan menjadi rahib.” Namun bapanya menentang keras kerana mahu anaknya menjadi seorang peguam. Selain itu, beliau telah banyak mengeluarkan wang untuk memberikan pendidikan untuk anaknya di mana jika anaknya menjadi paderi sia-sia sahaja yang dilakukan selama ini disamping kerjaya paderi yang tidak menjamin masa depan.

Pada tahun 1508 iaitu pada 9 Mac, Martin Luther telah melanjutkan pendidikan dalam bidang teologi di Universiti Wittenberg iaitu ijazah sarjana muda dalam kajian Biblical. Kemudian Bachelor dalam Peter Sentences Lombard pada 1509 dan dianugerahkan kedoktoran teologi pada 19 Oktober 1512. Pada 21 Oktober 1512 diterima dalam senat fakulti teologi di universiti yang sama iaitu mengajar teologi dalam bidang kitab injil.



3.0 AJARAN MARTIN LUTHER

Martin Luther percaya bahawa asas semua kepercayaan adalah Kitab Injil dan semua orang boleh mengetahuinya dan bukan hanya terhad kepada mereka yang memahami bahasa Latin. Doktrin-doktrin agama dan amalan yang tidak ditemui dalam Kitab Injil seperti penyembahan Patung Mary dan Keramat ( Saints ) dianggapnya sebagai penyelewengan agama. Dia berhujah hanya kepercayaan kepada tuhan akan membawa keselamatan. Menurut Luther lagi, keselamatan boleh ditemui dengan mengamalkan amalan-amalan Kristian seperti yang terdapat dalam Kitab Injil dan bukan melalui kerja-kerja baik yang dilakukan oleh orang yang berdosa atau ahli-ahli gereja bagi pihaknya. Hal ini kerana bagi Luther soal keselamatan adalah hubungan terus antara tuhan dengan individu; oleh itu tidak perlu orang perantaraan seperti paderi untuk bertindak bagi orang lain, kerana setiap orang adalah paderi bagi Luther.

Dalam tulisan Luther, antara yang terpenting, Sermon On The Mass ( April 1520 ), On The Papacy At Rome ( Jun 1520 ), The Christian Nobility Of The German Nation ( Ogos 1520 ), The Babylonian Captivity Of The Church ( Oktober 1520 ) dan The Freedom Of A Christian ( November 1520 ), beliau menggariskan dengan lengkap apa yang ingin dilihat hasil perjuangannya. Melalui An Address To The Nobility Of The German Nation di mana Martin Luther menulis bahawa tidak ada sebarang kesucian yang aneh bagi jawatan paderi dan pendeta-pendeta agama harus dirampas segala hak-hak keistimewaannya serta mendesak putera-putera raja Jerman supaya membebaskan negeri mereka daripada penguasaan asing dan menarik perhatian mereka bahawa kekayaan kegerejaan yang sepatutnya untuk diri mereka bukannya untuk paderi. Dalam risalah kedua, On The Babylonian Captivity Of The Church Of God dia menyelar kuasa paus dan seluruh sistem sakraman. Dalam risalah yang ketiga pula, On The Freedom Of A Christian Man mengandungi sari pati ilmu ketuhanan luther yang baru iaitu keselamatan bukanlah satu kemajuan ke arah satu kejayaan yang menerusi sakraman dan amalan-amalan baik, tetapi satu syarat

“..di mana manusia mendapati dirinya dengan cepat berputus berputus asa dalam ikhtiar-nya dan menyerahkan dirinya kepada jaminan tuhan...”

Dalam kecamannya terhadap kegerejaan, Paus telah menyingkirkan Martin Luther daripada gereja katholik, dan dalam tahun 1521 di mana dewan Empayar Rom Suci, bersidang di Worms, mengisytiharkannya sebagai orang buangan.

Antara ajaran yang dibawa atau pembaharuan yang dibawa oleh Martin Luther ialah meninggalkan atau menghapuskan amalan dan kepercayaan yang tidak mengikut kehendak ajaran Kitab Injil, mengurangkan bilangan Sakramen ( Doa Tuhan ) kepada hanya dua ( Eucharist dan Baptism ) dan menggunakan bahasa vernakular untuk upacara-upacara gereja dan menterjemahkan Kitab Injil ke bahasa Jerman. Dalam Eucharist, dia percaya tentang ( penemuan dengan tuhan ) menerusi dua cara; iaitu penganutnya harus minum arak dan makan roti. Selain itu, Luther mengutuk Doktrin Massa ( upacara untuk agama Katolik ) Gereja Katolik sebagai suatu lakonan semula pengorbanan Nabi Isa dan menolak Doktrin Transubstantiation; iaitu roti dan arak ditukar kepada tubuh dan darah Nabi Isa oleh paderi.

4.0 PERANAN MARTIN LUTHER DALAM AGAMA KRISTIAN

4.1 PENJUALAN ’INDULGENCE LETTER’ OLEH GEREJA

Salah satu faktor yang mencetuskan reformasi ialah konsep kewangan Paus yang menyeleweng. Pengampunan sebenarnya oleh pesalah Paus yang disertai dengan penyesalan atau taubat yang sebenarnya oleh pesalah yang akan membebaskan seseorang yang berdosa daripada kesalahannnya. Pengampunan ini boleh diperolehi dengan melakukan kerja-kerja baik bagi pihak gereja.

Pada tahun 1514, Pope Leo X memerlukan wang untuk membina Gereja St. Peter dan dia bercadang mendapatkan wang tersebut dengan menjalankan penjualan pengampunan. Seterusnya dia membuat perjanjian dengan Albert , Biskop besar di Mayence dan dengan sebuah syarikat bank bernama Fuggers Of Augsburg. Albert banyak meminjam wang dari bank itu untuk membayar kepada Pope sebagai balasan penganugerahan pangkat Biskop besar kepadanya.

Bank itu ditugaskan menjalankan penjualan pengampunan. Separuh daripada hasil jualan itu akan diserahkan kepada bank tersebut sebagai membayar hutang Biskop besar dan separuh lagi kepada Paus untuk membina gerejanya yang baru. Tugas sebenar menjual pengampunan terserah kepada paderi bernama Tetzel. Huraian tentang cara-cara Tetzel menjalankan penjualannya didapati dari sebuah kampung perlombongan bernama Annaberg. Mengikut Tetzel jika seorang Kristian melakukan zina antara adik-beradik, dia hanya perlu memasukkan duit ke dalam peti derma pengampunan Paus, dan Paus mempunyai kuasa di dunia dan di akhirat untuk mengampunkan dosanya. Jika Paus mengampunkan dosa tersebut, tuhan juga pasti membuat demikian. Jika orang kampung bersedekah banyak-banyak di Bukit Kampung St Annaberg, ia akan bertukar menjadi perak seluruhnya. Apabila wang dimasukkan ke dalam peti derma, ketika itu juga roh penderma akan terus naik ke syurga. Inilah yang dimaksudkan dengan penjualan pengampunan dan ia ditentang oleh Martin Luther. Martin Luther telah menulis Ninety-Five Thesis untuk memprotes terhadap tindakan Tetzel. Pada 31 Oktober 1517, Martin Luther menampalkan tesisnya di pintu gereja dan menawarkan perdebatan terbuka dengan sesiapa sahaja yang ingin mencabar pandangannya. Tesis Martin Luther seterusnya dicetak dan diedarkan dengan luas di seluruh Eropah di mana pada mulanya ditulis dalam bahasa Latin tetapi dengan cepat diterjemahkan dalam bahasa Jerman dan ia menimbulkan kontroversi yang hebat sehingga beliau dipulau oleh gereja.
4.2 KORUPSI GEREJA

Sejak 1500 kuasa atau kedudukan paus menjadi semakin korup akibat kebanyakan daripada tenaga mereka dihabiskan menjual pejabat gereja, meninggikan kadar cukai dan sepersepuluh daripada hasil tanaman yang mesti dibayar kepada gereja untuk membantu mempertahankan tentera. Secara serentak ( 1348-1700s ), merebaknya penyakit endemik yang dipanggil wabak iaitu dikenali sebagai Black Death telah membinasakan seluruh Eropah. Wabak tersebut telaah memusnahkan kehidupan sosial dan spiritual bagi golongan petani Eropah dan kelas pekerja di mana mereka berharap bahawa kesucian gereja diperlukan untuk fahaman katholik terus berjuang untuk hidup.

Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila dua buah kuasa besar dalam politik dan keagamaan di Eropah ketika itu iaitu England dan Perancis yang berperang sesama sendiri yang dikenali sebagai perang seratus tahun. Hal ini telah menyebabkan keadaan bertambah huru-hara serta ditambah pula dengan peranan gereja di Christendom yang menunjukan ia telah gagal dalam memulihkan huru-hara yang berlaku. Ia telah menjadi faktor yang mencetuskan reformasi yang dimulakan oleh Martin Luther di mana ia dikenali sebagai Reformasi Protestan. Tambahan pula penerbitan atau pencetakan Bible Gutenberg pada pertengahan abad ke-15 yang menyebarkan dakyah berkenaan kunci utama bagi setiap ideologi Protestan iaitu setiap individu tidak memerlukan paderi sebagai perantaraan dengan tuhan dan mendalami ilmu agama Kristian melalui diri mereka sendiri dengan merujuk kepada Kitab Bible.

Menjelang penghujung zaman pertengahan, gereja telah mengabaikan tugasnya-tugasnya dan mula menjadi korup. Jawatan-jawatan dalam gereja mula dibeli dan dijual secara terbuka. Monastri yang dibentuk pada zaman pertengahan mula menjadi korup disebabkan kekayaan berlebihan yang dimiliki oleh mereka. Rahib dan pertubuhan agama lebih memburu keseronokan serta kemewahan dan melupakan ideal kemiskinanan, kebajikan dan kepatuhan.

Rakyat mula mendalami ilmu dalam bahasa Latin dan Greek untuk diri sendiri. Mereka membaca kitab Injil Baru ( New Testament ) dalam bahasa Greek tanpa bantuan para paderi dan mengetahui bagaimana komuniti gereja harus hidup. Para Pope tidak lagi berperanan sebagai ketua agama, mereka menghukum sesiapa sahaja yang memprotes terhadap kehidupan mewah gereja. Martin Luther memprotes terhadap sesetengah kekejaman yang dilakukan oleh gereja. Semua penyelewengan ini telah mewujudkan suasana yang baik bagi reformasi.




4.3 PERPECAHAN AGAMA KRISTIAN

Terdapat beberapa sebab yang berlaku dalam aspek politik, ekonomi dan agama menyebabkan perpecahan berlaku antara tahun 1520 dan 1570, di antara penduduk-penduduk negara Jerman Utara, Scandanavia, Netherlands Utara, sebahagian besar Switzerland, Scotland, England, dan beberapa bahagian dalam Perancis dan Hungary daripada Kegerejaan Katholik. Nama “Protestant” mula-mula dipakai khas bagi golongan yang sukakan perpecahan dibawah kepimpinan Martin Luther yang memprotes satu percubaan Dewan Diet Empayar Rom Suci untuk menyekat usul “pembaharuan agama” tetapi kemudiannya namanya itu menjadi suatu biasa yang ditunjukkan kepada orang-orang Kristian yang menolak kekuasaan Paus dan tidak digunakan dalam Kegerejaan Ortodoks di Timur Eropah.
Protestan merupakan satu cabang Kristian yang tidak berpuas hati dengan Gereja Roman Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan. Pada awal tahun 2000 dianggarkan terdapat lebih 100 juta penganut Protestan di dunia. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "Diet of Speyer" 1529 untuk menarik balik keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "Edict of Worms" 1521.
Dewan atau Diet Empayar Rom Suci yang bersidang di Speyer dalam tahun 1526 menyaksikan pembahagian dikalangan putera-putera raja Jerman kepada Fahaman Luther dengan Katholik, tetapi kedudukan kepercayaan baharu itu dari segi undang-undang masih diragukan memandangkan kepada kandungannya yang samar-samar akan pengisytiharan bahawa “setiap putera-putera raja mestilah melakukan dengan sendiri sebagaimana dia bertanggungjawab bagi pekertinya terhadap Tuhan kepada Maharaja”. Tetapi dalam persidangan Diet yang satu lagi, di langsungkan di situ juga dalam tahun 1529, Maharaja Charles V yang berpegang kepada Kegerejaan Katholik, mengarahkan bahawa undang-undang menentang bidaah mestilah di kuatkuasakan dan pendapatan kegerejaan yang biasa tidak boleh digunakan untuk kegunaan pemujaan baharu. Putera-putera raja Luther merangka satu bantahan undang-undang, dimana mereka mengisytiharkan bahawa mereka bermaksud mematuhi undang-undang yang dibuat dalam tahun 1526. Daripada bantahan inilah mula terbitnya nama Protestan.
Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka masing-masing berdasarkan prinsip Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang memerintah, itulah agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik. 31 Oktober merupakan Hari Reformasi yang disambut oleh setiap penganut kristian protestan.
Walaupun penganut Protestan percaya kepada Yesus Kristus sebagai anak Yahwe, mereka dan juga penganut Kristian Ortodoks tidak mengiktiraf kuasa biskop Rom (iaitu Paus), dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian. Beberapa bentuk agama Kristian timbul dalam abad ke enam belas. Yang pentingnya ialah Fahaman Luther, Fahaman Calvin, Fahaman Aglican, tetapi yang lainnya sedang muncul yang kurang penting pada masa itu, tetapi kemudiannya mempunyai pengaruhnya yang penting.
4.4 PENTERJEMAHAN KITAB BIBLE

Teologi Luther dicabar kuasa paus yang menitikberatkan kitab Bible sebagai sumber tunggal kuasa keagamaan dan gereja sebagai satu jawatan paderi semua penganut. Bible merupakan sumber ajaran kristian yang mutlak. Luther menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa Jerman sepanjang tinggal di istana Wartburg dan semua orang boleh mengetahuinya dan bukan hanya terhad kepada mereka yang memahami bahasa Latin sahaja.

Terjemahannya The New Testament telah dicetak pada September 1522 dan, hasil kerjasama dengan Johannes Bugenhagen, Justus Jonas, Caspar Creuziger, Philipp Melanchthon, Matthaus Aurogallus, dan George Rorer. Kitab Bible terdapat dalam dua versi iaitu Perjanjian Lama ( The Old Testament ) dan Perjanjian Baru ( The News Testament ) , pada 1534. Kitab Injil Luther menyumbang kepada kemunculan bahasa Jerman moden dan adalah dianggap sebagai satu mercu tanda dalam kesusasteraan Jerman. Edisi 1534 adalah terjemahan di William Tyndale yang merupakan pelopor King James Bible.

Penterjemahan Luther ini mempunyai kesan yang besar terhadap politik gereja dan kebudayaan Jerman. Secara tidak langsung daripada gerakan Reformasi ini perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Usaha-usaha penterjemahan dalam bahasa vernakular mengindahkan stail kesusasteraan bagi mereka yang membaca karya-karya berkenaan. Pemujaan Tuhan melalui nyanyian lagu ( hym ). Luther mempengaruhi penulis-penulis pada zaman berikutnya di Jerman dan England.






4.5 PENYEMBAHAN KERAMAT

Doktrin – doktrin agama dan amalan yang tidak ditemui dalam kitab Injil seperti penyembahan patung Mary dan keramat ( saints) dianggap sebagai penyelewengan agama. Upacara keagamaan Kegerejaan Katholik dalam bahasa Latin diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, dibawah naungan Cranmer, dan edisi Book Of Common Prayer yang diterbitkan dalam tahun 1522, dengan jelas menunjukkan bahawa Sakraman Maha Kudus tidak lagi di anggap sebagai satu pengorbanan meminta ampun, nama-nama seperti “Jamuan Malam Suci” dan “Makan Malam Isa” digantikan “Sembahyang Ramai”, sementara perkataan “altar” dan boneka di buang, kitab-kitab sembahyang lama di musnahkan, dan tingkap kaca yang berwarna-warrni dipecahkan. Hanya kepercayaan kepada Tuhan akan membawa keselamatan. Menurut Luther keselamatan boleh ditemui dengan mengamalkan amalan-amalan Kristian seperti dalam kitab Bible dan bukan melalui kerja-kerja baik yang dilakukan oleh orang yang berdosa atau ahli-ahli gereja bagi pihaknya.

Luther berkongsi beberapa khurafat atau penyelewengan mengenai ilmu sihir yang telah biasa berlaku. Luther percaya amalan tersebut adalah tidak baik untuk Kristian. Dalam Small Catechism, Luther membuat kenyataan adalah satu dosa yang melanggar firman kedua yang dengan bantuan unsur kejahatan ‘devil’. Dalam satu “perbualan masa makan” Luther berkata kepada golongan tersebut yang akhirnya menimbul kemarahan mereka akibat daripada penyataan yang menyelar amalan penyelewengan dalam agama.

“On 25 August 1538 there was much discussion about witches and sorceresses who steal chicken eggs out of nests, or steal milk and butter. Doctor Martin said: "One should show no mercy to these [women]; I would burn them myself, for we read in the Law that the priests were the ones to begin the stoning of criminals."

4.6 PEMBERONTAKAN PETANI

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja ajaran Luther telah merebak ke seluruh bahagian utara dan tengah negeri Jerman. Memandangkan kepada apa yang sedang berlaku berhubung dengan kegelisahan sosial dan agama pada masa itu, maka mudahlah difahami mengapa Luther berjaya menentang Paus dan Maharaja dan mengapa pula ilmu ketuhanannya yang baharu dengan cepat dan diterima dengan seluas-luasnya oleh masyarakat Jerman. Pemberontakan sebenarnya bersifat kebangsaan dan digemari ramai. Ia memang dapat menarik orang yang berpegang kuat kepada agama yang terperanjat kepada keduniaan yang ingin memperkayakan diri sendiri dengan merampas tanah-tanah dan perbendaharaan gereja. Demikian juga, ia menarik minat rakyat Jerman yang melihat satu peluang untuk mengakhiri pemerasan orang Itali dan curia atau dewan Paus Rom. Usaha Luther berterusan dengan memperbanyakkan negari Jerman dengan risalah-risalah, surat-surat, pidato-pidato, ejekan yang bersemangat, sambil berhati-hati dan bijak dalam mengumpulkan pengikutnya. Putera-putera raja, penduduk kota, tukang-tukang, petani-petani, dan ramai pula golongan agama bersama-sama dengan Luther dalam memperjuangkan cita-cita baharu. Mereka memberontak menentang Kegerajaan Katholik, merampas tanah dan perbendaharaannya dan menghapuskan pemujaan terhadap Katholik.

Tetapi petani-petani memperjuangkan cita-cita baru dalam cara yang lebih munasabah dan dengan kekerasan untuk menyesuaikan dengan kehendak Luther atau putera-putera raja dan tuan tanah-tanah. Sekurangnya-kurangnya untuk satu abad beberapa kejadian telah berlaku yang memburukkan lagi keadaan petani-petani. Sementara cukai-cukai dan lain tanggungan bertambah, kesanggupan Maharaja untuk melindungi mereka menjadi berkurangan. Mereka ditindas oleh kelas-kelas lain, termasuklah paderi yang lebih tinggi. Berkali-kali dalam waktu akhir abad kelima belas, mereka memberontak menentang penindasan ekonomi. Dalam abad keenam belas, apabila Luther mendesak putera-putera Jerman supaya menyelar kegerejaan , merampas tanah-tanah gereja dan membasmi kecurangan kewangan, sudah pasti petani-petani mendengar ideologinya dan mempraktikan dalam cara mereka sendiri.

Pemberontakan oleh golongan fanatik, yang semakin ramai pada masa itu disebabkan kebosanan terhadap penyelewengan agama, petani bangun memberontak menuntut penghapusan amalan perhambaan, membebaskan hak perikanan dan pemburuan, pembayaran kepada perkhidmatan yang telah dilakukan , dan penghapusan hukuman-hukuman yang sewenang-wenangnya. Asal sahaja tindakan-tindakan mereka ditujukan untuk menentang uskup, paderi, rahib dan Luther bersimpati kepada petani itu, tetapi apabila pemberontakan yang meletus dalam tahun 1524, di seluruh bahagian tengah dan selatan Jerman dan bukan sahaja kepada golongan gereja tetapi juga kepada tuan-tuan tanah, yang sekarang sebahagian besar daripada mereka menjadi penganut ajaran Luther.

Luther melihat akan bahaya yang amat sangat terhadap agama barunya dalam perpecahan diantara petani-petani dengan kaum bangsawan. Pemberontakan petani itu telah ditumpaskan dalam tahun 1525 dengan pembunuhan yang ditafsirkan menjangkau lima puluh ribu orang. Kesannya ialah kuasa tuan-tuan tanah bertambah daripada sebelumnya terutamanya di Tyrol dan di Baden dan keadaan petani-petani sedikit bertambah baik. Di tempat-tempat lain, hal ini tidak berlaku petani-petani Jerman di tindas selama lebih dua abad dan mengalami kesengsaraan hidup berbanding mereka di negara-negara Kristian Barat yang merupakan akibat daripada kemerosotan pengaruh Luther dikalangan petani-petani di Jerman selatan. Manakala, kebanyakan putera-putera raja Khatolik yang ketakutan dalam mendapatkan sokongan agama, kini jelas dihadapan mereka apa yang mereka fikir sebagai satu pengajaran hasil daripada seruan-seruan Luther untuk mengadakan revolusi dan dengan itu mereka mengambil keputusan bersama-sama dengan Kegerejaan purba. Pemberontakan petani menghalang merebaknya fahaman Luther di negara Jerman.




5.0 KESIMPULAN

Martin Lurther meninggal dunia pada 18 Feb 1546 pada ketika itu berusia 62 tahun di Eisleben. Khutbahnya yang terakhir adalah di Eisleben, tempat lahirnya, Luther berkata,

"we want to practise Christian love toward them and pray that they convert," but also that they are "our public enemies ... and if they could kill us all, they would gladly do so. And so often they do”.

Reformasi atau pembaharuan agama yang dibuat oleh Martin Luther, gerakan ini bermula di daerah Jerman ( 1483- 1546 ), merupakan suatu perkembangan dalam Sejarah Eropah yang berjaya mencabar beberapa andaian dan pegangan yang telah membentuk sikap gereja Khatolik pada Zaman Pertengahan, khususnya tentang agama dan hubungannya dengan perkara-perkara yang bersifat duniawi ataupun sekularisme. Perkembangan ini telah membahagikan dunia Kristian kepada dua blok iaitu katolik dan protestan dalam revolusi agama pada abad ke 16.

Reformasi ini banyak membawa kemunculan fahaman-fahaman baru di Eropah menjelang tahun 1600, corak agama baru telah terbentuk dengan jelas di Eropah. Eropah Timur tidak dipengaruhi oleh aliran agama baru dan ia kekal dengan fahaman Ortodoks di utara dan Islam di selatan. Bagi kawasan-kawasan lain, Eropah Selatan yang diwakili oleh Sepanyol, Itali, Jerman Selatan dan tanah-tanah kekuasaan habsburg Austria; kekal sebagai negara-negara berfahaman Khatolik. Eropah Utara yang diwakili oleh Scandinivia, utara Jerman, Scotland dan England menjadi Protestant, Lutheran, Calvinist ataupun Anglican.Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada perkembangan reformasi antarnya dikaitkan dengan zaman Renaisans itu sendiri iaitu perkembangan ilmu pengetahuan daripada Renaisans telah melahirkan kebebasan berfikir dalam bidang politik. Hal ini ternyata dengan terbitnya buku karya The Prince karya Niccolo Machiavelli. Rakyat tidak lagi percaya akan wujudnya sebuah kerajaan yang meliputi seluruh alam Kristian.


0 Comments: