I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Susur Galur Perang 30 Tahun

Saturday, October 17, 2009

SUSUR GALUR PERANG 30 TAHUN

Sepanjang peperangan ini, Hapsburgs ditentang oleh pelbagai pihak antarabangsa seperti Denmark, Belanda dan yang paling utama adalah dari Perancis dan Sweden. Selain itu, perang 30 tahun ini adalah satu dimensi antarabangsa iaitu satu peperangan saudara di Jerman. Semua negara yang terlibat mempunyai hubungan persaudaraan. Buktinya dapat dilihat apabila Philip III dan Philip IV adalah keluarga Hapsburgs. Sebenarnya perhubungan diantara keluarga Hapsburgs Sepanyol dan Austria begitu baik. Charles Sepanyol dan Ferdinand Austria adalah adik beradik. Pengganti mereka Philip II dan Maximilian adalah sepupu. Maximilian berkahwin dengan saudara perempuan Philip, dan Philip pula berkahwin dengan anak perempuan Maximilian. Dengan demikian Philip III ialah cucu Maximilian II Austria dan juga putera Philip II Sepanyol, dan dia pula berkahwin dengan anak saudara Maximilian. Adik perempuan Philip berkahwin dengan Ferdinand III dan dia sendiri berkahwin dengan puteri Ferdinand. Justeru itu, menyebabkan terjalinnya hubungan Philip IV dengan keluarga Haspburgs di Austria.
Memandangkan kepada perhubungan keluarga yang rapat ini, maka sudah tentu raja-raja Sepanyol menaruh minat kepada apa yang menimpa ke atas raja-raja Austria. Dalam abad ke-17 satu peristiwa dahsyat telah berlaku. Ini menyebabkan keluarga Haspburgs Sepanyol berusaha bersungguh-sungguh untuk faedah Austria dan keadaan ini menyebabkan kekalahan Sepanyol dalam Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648).

4.0 FASA-FASA PERANG TIGA PULUH TAHUN
Jika dikaji, banyak punca yang menyebabkan tercetusnya Perang Tiga Puluh Tahun. faktor reformasi agama yang berlaku di Eropah adalah yang paling kuat. Hal ini dikaitkan dengan reformasi ataupun dikenali sebagai gerakan agama yang membentuk suatu revolusi intelek, sosial dan ekonomi. Pemimpin-pemimpin utamanya seperti Martin Luther, John Calvin dan Henry III dari England yang sebenarnya tidaklah mahu mengadakan revolusi seumpama ini, tetapi mereka hanya mahu gereja kembali kepada amalan yang sebenar. Revolusi ini telah membahagikan dunia kristian kepada dua blok iaitu katolik dan Protestant. Ringkasnya, antara faktor yang menyumbang kepada perang ini ialah, faktor agama; Protestant melawan pembaharuan Roman Katolik, toleransi majmuk melawan sebarang kepercayaan, Lutheranisme lawan Calvinism, serta Kesatuan Protestant dan Liga Katolik. Faktor politik pula; pemusatan kuasa oleh kuasa berautoriti dengan konsep feudalisme melawan kebangkitan prinsip bebas Jerman. Antara kuasa yang terlibat ialah Pemerintahan Hapsburg (Austria) Katolik yang cuba kuasai sebanyak mungkin Eropah, dibantu oleh putera Jerman Katolik dan Sepanyol. Mereka melawan Hapsburg Protestant dan Jerman Protestant yang berpadu dengan kuasa-kuasa luar iaitu Perancis, Sweeden, Denmark, Netherland, dan England yang cuba untuk kuasai/ambil alih kekuasaan Hapsburg. Kedua-dua pihak bertelagah membawa persengketaan ke medan perang. Perberontakan Bohemia menjadi titik permulaan kepada konflik ini di mana rakyat telah memilih ketua Liga Katolik, Ferdinard II (1578-1637) untuk menaiki tahta di Bohemia yang telah menyebabkan kemarahan penyokong Protestant di Bohemia. Bermula dari perberontakan Bohemia, bermula Perang Tiga Puluh Tahun yang menandakan detik hitam dalam sejarah Eropah di mana agama menjadi pencetus kepada semua ini. Penglibatan kuasa-kuasa luar telah menukarkan perang ini daripada bermotifkan kerana kepentingan agama kepada bermotifkan politik dan tujuan ekonomi. Walau apapun, sebenarnya, Perang Tiga Puluh Tahun merupakan satu peringkat perang sivil yang melibatkan isu agama iaitu Kristian Protestant-Katolik. Ia juga merupakan Perang Sivil Jerman bagi melawan institusi pemerintahan, iaitu antara keupayaan Empayar untuk membina pemusatan kuasa dan konflik dalaman oleh negara-negara jajahan yang bertungkus-lumus mencapai kemerdekaan.

4. 1 FASA PEPERANGAN PERANG TIGA PULUH TAHUN
4.1.1 Tempoh Bohemian-Palatine (1618-1623)
Sebenarnya konflik Perang Tiga Puluh Tahun bermula selepas berlakunya Perang Petani 1520-1525. Perlagaan dan peperangan keagamaan di samping penyebaran fahaman Protestan telah mendidihkan ketegangan sosial di mana perberontakan petani dinyalakan dalam 1525, mengakibatkan huru-hara dan pertumpahan darah di seberang Austria, Switzerland dan selatan Jerman. Pemilik tanah kaya adalah sasaran pemberontak yang tertindas di mana para petani menuntut kesamaan sosial dan perkongsian kekayaan. Askar-askar setia dengan keputusan putera raja yang menindas pemberontakan, dan para pemimpin telah dijatuhi hukuman. Martin Luther, pemula ketua Reformation, telah menyokong pemberontak-pemberontak tersebut.
Secara asasnya, peberontakan Bohemia ini dilakukan oleh golongan petani yang menganuti Kristian Protestant. Petani merupakan golongan yang paling ditindas semasa Zaman Pertengahan di Eropah (1524-1525). Hal ini dikaitkan dengan hasil tanaman mereka kerana segala hasil tanaman mereka kerjakan selama ini perlu dibahagikan kepada tiga iaitu 1/3 kepada raja, 1/3 lagi kepada gereja, dan selebihnya kepada petani. Semua ini memberikan tekanan kepada petani kerana mereka perlu bekerja lebih bagi mendapatkan keuntungan yang tidak seberapa. Kadar cukai yang tinggi menambahkan lagi tekanan. Rakyat tidak boleh menentang kerana terikat dengan sistem sosial kerana raja dianggap berkuasa mutlak dan kepercayaan terhadap agama Kristian menyebabkan mereka patuh kepada gereja yang dianggap sebagai perantara kepada raja. Ketidakadilan, kezaliman, dan monopoli oleh golongan raja dan gereja, serta penyalahgunaan kuasa oleh pemungut cukai telah membawa kepada pemberontakan petani. Jika diteliti, perberontakan petani menjadi perintis kepada Perang Tiga puluh Tahun. Hal ini dikaitkan dengan peranan Martin Luther. Kedatangan Luther ke Jerman dianggap satu rahmat bagi rakyat kerana mereka merasa Luther seorang pejuang kepada hak mereka yang dirampas oleh gereja dan raja. Luther dikenali sebagai penentang gereja. Ekoran tekanan daripada sistem pemerintahan dan gereja, para petani telah memberontak dan kedatangan Luther telah menyebabkan konflik ini menjadi konflik agama.
Perang bermula di Bohemia. Pembahagian perang secara bertempoh iaitu melalui empat fasa, dan Tempoh Bohemia-Palatine adalah yang pertama. Perang bermula dengan pemberontakan di Bohemia, atau Czechs bagi melawan Maharaja Hapsburg, iaitu Ferdinard II. Hal ini kerana, peberontak tersebut memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan beragama. Kebanyakan daripada peberontakan tersebut adalah Protestant yang menentang pemerintah Hapsburg yang menghalang sebarang penyebaran dan pengaruh agama lain selain Kristian Katolik. Oleh kerana pada masa itu, Maharaja Ferdinand II menghadapi gangguan-gangguan serius di Bohemia, dia merayu kepada Putera Maximilian, pemerintah Bavaria iaitu ketua kepada Liga Roman Katolik untuk meminta pertolongan. Dalam peperangan ini, Ferdinard telah mendapat bantuan kewangan daripada Pope, mendapat bantuan ketenteraan daripada Milan dan tentera Bavaria Katolik dan mendapat semangat baru kerana semangat golongan Lutherisme dan Calvinisme yang menurun serta melibatkan diri dalam peperangan White Mountain pada 1620. Kawasan Frederick di Palatine telah diambil-alih oleh orang-orang Sepanyol. Di Prague, pemberontak-pemberontak beragama Protestant telah pun memperolehi bantuan Frederick V yang dikenali sebagai Elector Palantine dan juga merupakan ketua kepada Kesatuan Protestant. Sebenarnya, pergaduhan dan permusuhan antara Katolik dan Protestant yang berlaku di Bohemia disebabkan kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintah Bohemia yang cuba menghapuskan agama Protestant, Cavinisme, Lutherisme dan lain-lain dari bumi mereka. Mereka tetap dengan pendirian mereka bagi menegakkan Katolik supaya menjadi anutan semua rakyat pada masa itu. Konflik ini dicetuskan lagi apabila rakyat telah memilih Ferdinard II iaitu dari Liga Katolik sebagai pemerintah Bohemia yang telah menewaskan Elector Palatine Protestant iaitu Frederick IV. Kejayaan Katolik di Bohemia menyebabkan Katolik di bawah Hapsburg bertambah kuat dan kukuh.
Ekoran peristiwa ini, menyebabkan tercetusnya pemberontakan di Bohemia yang menyebabkan tercetusnya beberapa pertempuran antara Liga Katolik dengan Liga Protestant. Buktinya, antara 1618-1620-an, pemberontak iaitu dari kalangan Protestant telah mendapat sokongan daripada Frederick dan tentera dari Liga Protestant bagi melawan tentera Ferdinand II, yang mendapat arahan dari Maharaja Empayar Rom Suci dan Liga Katolik. Persengketaan ini telah mencetuskan pertempuran yang dikenali sebagai “White Hill Tilly’. Kekalahan Protestant dalam pertempuran ini, telah menyebabkan ketuannya, Frederick dipaksa untuk hidup dalam buangan. Pejabat dan bahagian beliau telah diberikan kepada Ketua Liga Katolik, Putera Maximillian dari Bavaria. Disebabkan ini, aliran Protestant hampir dihancurkan di Bavania. Aliran Katolik berjaya dalam peperangan peringkat ini.
Dua perkara yang timbul kesan daripada peberontakan Bohemia iaitu penglibatan aktif daripada pihak Sepanyol iaitu apabila mereka telah berjaya menawan Rhineland, membina reputasi dan kedudukan yang kukuh bagi melawan tentera Perancis dan Belanda. Keduanya ialah Empayar Hapsburg yang sentiasa menguasai Bohemia meneruskan tradisi pemerintahan yang berterusan di mana Ferdinard, telah terpilih sekali lagi menjadi Raja dalam Kerajaan Hapsburg. Beliau telah merampas tanah-tanah peberontak di Bohemia dan mencagarkannya kepada gerejaa, dan perkuburan serta memberikannya kepada orang-orang yang berkhidmat kepada beliau. Kesannya, orang-orang ini tadi telah meningkat naik menjadi tuan tanah dan golongan aristokrat yang baru di Bohemia. Sekolah-sekolah dan kegiatan dakwah telah giat dijalankan dan begitu juga dengan perundangan. Proses ini dikenali sebagai ”re-Catholicization’. Begitu juga di Austria di mana negara pertama yang menyertai peberontakan Bohemia, turut mengalami proses ’dikatolikkan’, menyebabkan Ptotestant hampir musnah.
4.1.2 Tempoh Danish-Denmark (1624-1629)
Kemenangan Katholik mencipta kebimbangan di kalangan pemerintah Protestant. Kejayaan Pemerintah Hapsburg di Sepanyol dan di Autria menyebabkan kebimbangan dan salah faham yang besar dalam kalangan negara-negara Eropah yang mengamalkan aliran Protestant. kedua-dua pihak iaitu aliran Katolik di Perancis dan aliran Protestant di Sweeden mula berfikir untuk mencampuri hal ehwal Perang Tiga Puluh Tahun. Tetapi walaupun berminat, Perancis tidak dapat memainkan peranan penting di dalam peperangan ini sejak dari mulanya. Sweeden pula terlibat dalam peperangan di Poland. Protestants dari Germany cuba merayu bantuan dari Christian IV (1577-1648) yang merupakan Raja Denmark, ataupun lebih dikenali sebagai Duke of Holstein iaitu salah sebuah negeri dalam Empayar Rom Suci. Beliau bersedia memberi bantuan kepada Protestants dan bersedia untuk berperang melawan Maharaja Hapsburg. Stuart Raja Charles I dari England juga memberikan bantuan kewangan kepada raja Denmark walaupun dia adalah seorang yang tamak. Sebenarnya, ketidakupayaan untuk bersatu antara satu sama lain di negeri-negeri beraliran Protestant yang wujud di wilayah-wilayah Jerman sebenar, yang menjadi faktor kepada Negara Denmark melancarkan perang terhadap pemerintahan Hapsburg. Dengan bantuan daripada Belanda dan England, dan berdasarkan janji yang diikat bersama-sama dengan Richelieu, beliau telah memasuki pertempuran ini. Kemasukan Denmark telah menyebabkan perang teralih daripada tengah Eropah ke Utara Eropah. Terdapat beberapa siri peperangan yang berlaku antara Hapsburg dengan Denmark. Antaranya ialah di Lutter dan Pertempuran Wolgast pada September 1628. misalnya, tentera Denmark telah kalah teruk di Lutter dan hampir keseluruhan Utara German telah ditumbangkan dan dirampas oleh Katolik Hapsburg. Wallestein meneruskan perjuangannya dalam melawan tentera Denmark sehingga dia ditahan di Stralsund pada 1629. beliau telah gagal menawan bandar tersebut dan telah bersara. Peristiwa ini menggalakkan Christian IV dari Denmark untuk meneruskan usaha Wellesteins. Namun, beliau juga kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Lubeck 1629. Dengan pengunduran Denmark dari peristiwa Perang Tiga Puluh Tahun, tiada lagi pasukan tentera yang kuat untuk mencabar Maharaja Hapsburg. Keadaan inilah memberikan Maharaja Frederick II satu semangat. Dia telah mengeluarkan Edict of Restitution di mana Protestants telah diarah untuk kembali semua semula hartanah paderi yang telah mereka dapat sejak “Peace of Augusburg 1555” kepada Gereja Katolik. Edict ini merupakan kemuncak kepada kejayaan Roman Katholik. Pengeluaran Edict of Restitution pada 1629 memberi kesan yang sangat besar kepada Protestans di mana pada mulanya mereka telah ketepikan perbezaan dan memutuskan untuk membuat perdamaian dengan Calvinists dan Lutherians. Akan tetapi, harapan kekal untuk berdamai hancur berkecai dan perang pun bermula. Perang tersebut bermula ekoran pengisytiharan Edict tersebut telah meyebabkan kebimbangan kepada Sweden dan Perancis. Gerakan Counter Reformation telah merebak ke Jerman. Ini dibuktikan apabila Katolik telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Palatine dan mula menyerang Bohemia, dan juga memasuki negeri-negeri beraliran Lutherisme. Pengeluaran Edict menyemarakkan lagi tekanan ke atas Protestant dan memberi kemenangan kepada Katolik. Negara-negara Protestant seperti kehilangan arah kerana kekayaan mereka ada perlu diserahkan kembali kepada Katolik. Cita-cita pemerintah adalah untuk membina Monarki Hapsburg di seluruh empayar jajahan dunia.
Apabila Denmark melancarkan perang ke atas Empayar Hapsburg, Wallenstein iaitu seorang bangsawan Bohemia yang berpengaruh bercadang untuk menolong Maharaja Hapsburg, Ferdinand II, yang mengalami masalah kewangan disebabkan bergelut dengan pertelingahan yang panjang selama ini iaitu perang terhadap perberontak Bohemia. Ferdinard sanggup menerima tawaran daripada Wallenstein yang mahu menubuhkan satu angkatan tentera bagi menolongnya dalam peperangan. Pada masa ini juga, Wallenstein dan Tilly, yang merupakan dua orang jeneral dalam Liga Katolik memberi satu kekalahan yang teruk untuk Protestants dan menyebabkan Protestants kelihatan tidak ada harapan kerana kekalahan yang teruk. Peranan Wallenstein adalah difokuskan pada tempoh ini kerana pertahanan Hapsburg telah dirancangkan oleh beliau dengan baik sekali sehinggakan membawa kepada kekalahan yang teruk kepada Denmark. Oleh kerana itulah, kejatuhan Wallenstein adalah merupakan satu kegagalan yang besar kepada Katolik.
4.1.3 Tempoh Sweeden (1630-1635)
Gustavas Adolphus yang beraliran Lutherisme merupakan orang yang bersemangat dalam mengembangan Kristian Protestant. Dengan mengambil tempat dalam Perang Tiga Puluh Tahun ini, dia mahu berkhidmat demi kesejahteraan Protestant. Oleh itu, dia mahu pembahagian agama berakhir untuk mencapai matlamatnya. Dengan kemasukan Gustavas dalam Perang Tiga Puluh Tahun, aspek peperangan ini dinaikkan kepada tahap politik yang tinggi. Perang ini bukan lagi satu peperangan kecil yang dengan bermotifkan agama tapi meliputi konflik agama, politik, dinasti dan motif ekonomi. Dengan kejatuhan Wallenstein, fokus Perang Tiga Puluh tahun berubah dengan hebatnya. Sejak permulaan perang ini, Sweeden asyik memerhatikan dengan penuh minat perkembangan Perang Tiga Puluh Tahun di Jerman. Raja Sweeden, Gustavas Adolphus, mula melibatkan diri dalam perang ini. Terdapat dua sebab yang membangkitkan Raja Sweeden untuk campur tangan dalam hal ehwal Jerman. Dia dengan penuh minat hendak mendapatkan kawalan penuh ke atas Laut Baltik, berhampiran Sweeden. Akan tetapi, sebab utama iaitu kenapa dia melibatkan diri dengan perang di Poland pada permulaan perang Tiga Puluh Tahun yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai Perang Tiga Puluh Tahun ialah kerana dia tidak suka dengan perluasan pengaruh Maharaja Hapsburg yang akan mengancam kepentingannya. Dia bercadang untuk melemahkan kuasa dan pengaruh pemerintahan Pemerintah Hapsburg, yang merupakan ketua Katolik sementara Sweeden merupakan negara yang mengamalkan ajaran Protestant. Kebimbangan terhadap ancaman Hapsburg dan harapan untuk melindungi Protestants daripada pembubaran, Gustavas Adolphus telah menyerang Pomerania sebagai permulaan kepada Perang Sweden pada 1630-1635 serta menyertai pakatan Saxony, Bradenburg, dan kebanyakkan wilayah kecil di Jerman.
Jika diteliti, kemasukan Sweden, iaitu sebagai sebuah negara luar dari Jerman disebabkan oleh permintaan dan sokongan putera-putera Jerman. Mereka yang mengalu-alukan campur tangan Gustavas dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, pada masa yang sama, mereka bimbang dengan niat tersurat Raja Sweeden. Mereka takut dan ada juga keengganan untuk menyertai Raja Sweeden. Pada masa ini juga, Richelieu yang merupakan Perdana Menteri Perancis yang mengawal polisi di Perancis turut memainkan peranan. Hal ini kerana, Perancis telah membuat perikatan dengan Raja Sweeden, Gustavas dan berjanji untuk memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada tentera Sweeden. Seperti Gustavas, Richelieu juga mahu menghancurkan kuasa dan pengaruh House of Hapsburg seperti Perancis dan House of Hapsburg di Sepanyol dan Austria yang juga adalah musuh-musuhnya.
Negara-negara Protestant tidak menyertai Raja Gustavas dalam perang ini pada mulanya. Ini mengakibatkan penahanan Gustavas untuk seketika di Utara. Campur tangan negara Protestant bermula apabila berlakunya pembunuhan dan tindakan kejam Liga Katolik. Buktinya, tentera dari Liga Katolik dibawah pimpinan Tilly menawan bandar orang Protestant, Magdebury dan membunuh penduduk-penduduknya. Tindakan kejam Liga Katolik inilah yang memaksa Protestant untuk menyertai kerjasama dengan Raja Sweeden, Gustavas. Kerjasama dengan Saxony pula terjadi ekoran pencerobohan oleh tentera Hapsburg yang mengancam Saxony yang memaksa pemerintahnya untuk menyertai Raja Sweeden. Selepas memperolehi kekuatan dan kerjasama dari sekutu-sekutunya, Raja Gustavas bertempur hebat dengan Tilly dalam Pertempuran Breitenfeld 1631. Kekalahan Tilly menyebabkan gangguan terhadap pergerakan Counter-Reformation di Utara Jerman. Tilly terbunuh dalam pertempuran tersebut dan Raja Sweeden mengambil-alih Munich dan mula mengancam Vienna yang merupakan tempat tinggal Pemerintah Hapsburg. Ekoran dengan gangguan yang tidak disangka tersebut, Ferdinard terpaksa memanggil semula Wallensteins, dan mula memerangi Gustavas dengan melancarkan serangan ke atas Saxony. Raja Gustavas cepat-cepat meminta bantuan sekutunya bagi memerangi Wallensteins dan Lutzen dan dalam pertempuran tersebut, Raja Sweedan telah terkorban pada 1632.
Dengan kematian tersebut memberi satu pukulan yang teruk kepada Kristian Protestant di Jerman. Selepas kematian Gustavas, menteri kepada anaknya semasa kecil, Pemaisuri Christina, Oxenstiern telah menyambung usaha Raja Sweeden. Namun, Sweeden telah dikalahkan oleh Imperialis pada tahun 1634 di Norlingen dan terpaksa menyerahkan Selatan Jerman. Dengan ini, segala kerja terdahulu Raja Sweeden tidak dapat diselesaikan. Pada masa ini, Wellenstein turut dibunuh. Oleh itu, kedua-dua wira kehilangan nyawa mereka dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Pertempuran Nordingen merupakan permulaan dalam sejarah Perang Tiga Puluh Tahun antara 1618-1648. Pemerintah wilayah Saxony telah dipaksa untuk membuat perikatan perjanjian yang berasingan dengan Pemerintah Hapsburg yang dipanggil sebagai ”Perjanjian Prague” (Treaty of Prague). Sekarang, Protestant yang kalah telah meminta sokongan Perancis dan pada peringkat inilah, Perancis masuk campur dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Dengan kemasukan Perancis, faktor agama sebagai punca perang telah berubah kepada faktor politik sepenuhnya antara House of Hapsburg dengan Perancis. Oleh itu, Perang Tiga Puluh Tahun bermula dari perang agama dan menjadi perjuangan untuk mendapatkan kekuasaan antara Perancis dan Hapsburg di Sepanyol dan Austria.
4.1.4 Tempoh Perancis-Sweeden (1635-1648)
Perancis mengisytiharkan perang pada 1635 bagi melawan kawasan-kawasan dibawah kekuasaan House of Hapsburg Sepanyol dan Austria. Sebab utama bagi Perancis masuk perang ini sepenuhnya kerana faktor politik dan wilayah, iaitu meletakkan serta meluaskan sempadan dikawasan jirannya. Dengan kemasukan Perancis dalam Perang Tiga Puluh Tahun, bukan lagi melibatkan Jerman ataupun sebab agama semata-mata. Tapi, ia menjadi perjuangan untuk mencari kuasa agung antara House of Bourbon (Perancis) dan House of Hapsburg. Dalam perjuangan ini, sebelah pihak terdiri daripada Sepanyol dan Austria (Hapsburg) dan sebelah lagi adalah perikatan Perancis, Sweeden dan aliran Protestant dari kalangan putera-putera Jerman.
Semasa Perancis memasuk perang ini, perberontakan daripada golongan bangsawan dan Huguenots masih berlaku di Perancis. Namun, Richlieu yakin tanpa penglibatan aktif Perancis pun, Empayar Hapsburg masih akan dapat ditumbangkan kerana beliau percaya pakatan dengan Sweden, Belanda dan lain-lain akan berjaya. Buktinya, Richelieu telah memberikan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Sweeden. Setakat ini, Perancis hanya memberikan bantuan kewangan kepada Sweeden. Tetapi selepas kekalahan Sweeden dalam Pertempuran Nordingen, keagungan Pemerintahan Hapsburg telah berkembang ke Selatan Jerman. Kesannya, Protestant telah diletakkan dibawah kekuasaan Perancis, yang merupakan satu-satunya kuasa, terlalu kuat pada masa itu bagi menyelamatkan mereka. Kekalahan Denmark dan Sweden menyebabkan Perancis ingin membalas dendam. Perdana Menteri Perancis yang pintar, Richlieu melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk melemahkan kekuasaan House of Hapsburg yang menguasai Sepanyol dan Austria serta merupakan musuh tradisi Perancis. Richlieu tahu bahawa ia satu peluang untuk meningkatkan lagi kuasa dan prestij Perancis di Eropah, dan sememangnya penting untuk melemahkan kekuasaan Hapsburg dan menghakis keagungan pemerintahan di Sepanyol. Terdapat satu permusuhan yang panjang antara Sepanyol dan Perancis, begitu juga dengan kerendahan hati House of Hapsburg.
Sweeden dibawah Jeneral Baner telah mengalahkan Imperialis (Hapsburg) di Wittstock. General Sweedan yang lain, Bernard Weiner, mencapai kejayaan yang hebat dengan menakluk Alsace. Pakatan Belanda telah menganggu sistem pertahanan laut Sepanyol di Amerika. Sementara Sweeden bergerak ke Utara, Perancis telah bergerak menuju ke Sungai Rhine (menguasai Selatan). Pada masa inilah, Perdana Menteri Richlieu telah terbunuh, namun perjuangannya disambung oleh penggantinya yang kuat iaitu Mazarin. Conde, Jeneral Perancis telah berjaya mengalahkan Sepanyol pada 1643 di Rocroi. Perancis sejak daripada itu telah mencapai banyak kemenangan ke atas Hapsburg (Imperialis) dibawah jeneralnya, Conde dan Turenne. Antara pertempuran yang terkenal sepanjang tempoh ini ialah Rheinfelden (tentera pakatan Jerman-Perancis telah mencapai kejayaan ke atas angkatan Hapsburg pada 1638), Breitenfeld (Sweden menang sekali lagi ke atas tentera imperialis pada 16422 selepas kejayaan pertama pada 1631). Pertempuran di Rocroi (Perancis telah hamper musnahkan keseluruhan tentera Sepanyol pada tahun 1643), dan Pertempuran Jankau (kejayaan Sweden menentang pakatan Austria dan Bavaria pada tahun 1645). Maxillian dari Bavaria turut dikalahkan dan satu peluang besar, bandar beliau iaitu Vienna merupakan pusat pemerintahan Hapsburg. Jadi, pemerintah Ferdinard III, telah mengundurkan diri dan pada 1648, beliau telah dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Westphalia yang menutup Perang Tiga Puluh Tahun. Perang ini menandakan berakhirnya perang agama dan bermulanya era komersial, perluasan kuasa dan persaingan antara penjajah.

0 Comments: