I made this widget at MyFlashFetish.com.


PERJUANGAN


BLOG I
NI MENGANDUNGI BAHAN2 BERKAITAN SEJARAH PERADABAN MANUSIA, ISU2 SEMASA, PERBANDINGAN AGAMA DAN APA SAHAJA DALAM LINGKARAN KEHIDUPAN MANUSIA

AP YG AD DLM BLOG MGKIN ANDA TIDAK SETUJU DAN BKN 1 MASALAH JIKA KITA BERBEZA PENDAPAT.


Sejarah Penawanan Contantinople Sebelum Sultan Muhammad Al-Fatih

Saturday, October 17, 2009

Perebutan untuk menguasai Contantinople menjadi idaman setiap kerajaan pada ketika itu sama ada eropah atau pun kerajaan Muslim. Oleh itu tidak hairanlah apabila kota purba itu diserang bertubi-tubi oleh musuhnya untuk mendapatkan kekayaan bandar itu dan menjadikannya sebagai pusat perlabuhan yang strategik dan juga untuk memenuhi cita-cita pemerintah itu sendiri.
Bagi Negara eropah sendiri sudah banyak kali serangan dilakukan oleh kerajaan eropah untuk mendapatkannya tetapi jelas tidak berhasil. Apa yang pasti, serangan kerajaan eropah paling dahsyat berlaku ke atas Contantinople semasa berlakunya Perang Salib Ke- 4. Hal ini berlaku disebabkan Putera Isaac Angelos meminta bantuan daripada orang-orang Rom untuk membantunya memulangkan kembali tahkta ayahnya sebagai Raja Contantinople selepas digulingkan oleh oleh perampas kuasa pada tahun 1202.
Keadaan ini seperti telah lama ditunggu-tunggu orang orang-orang Rom untuk mendapatkan Contantinople. Selepas itu, kerajaan eropah iaitu Kerajaan Venice (Itali) telah menghantar satu angkatan kapal-kapal dengan 40,000 tentera untuk membantu Putera Isaac Angelos. Dengan bantuan Putera Isaac Angelos, mereka mudah menawan Contantinople dan menabalkan kembali Raja Isaac Angelos sebagai raja semula. Namun, selepas 40 tahun orang Rom berada di Contantinople, orang-orang Yunani yang menjadi penduduk tetap Contantinople diketuai oleh Raja Michael VIII telah berpakat dengan orang-orang Genoa untuk menghapuskan orang-orang Rom yang berada di Contantinople. Mereka kemudiannya berjaya menghalau orang-orang Rom itu pada tahun 1261 dan akhirnya memaksa orang-orang Rom berundur dari Contantinople.
Bagi kerajaan Muslim pula, pokok penawanan Contantinople sudah lama diimpikan. Hal ini kerana Ketua-ketua kerajaan Islam berusaha untuk menunaikan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :
Nabi SAW ditanya, manakah di antara dua bandar yang akan ditawan terlebih dahulu, Constantinople atau Rome? Baginda SAW menjawab, “iaitulah bandar Constantinople” – Riwayat al-Hakim
لتفتحن القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople itu pasti akan ditawan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (yang menawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335.
Bagi kerajaan Islam, usaha pertama dilancarkan untuk menawan Contantinople bermula pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople. Usaha tersebut diteruskan di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuklah usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 190H. Usaha penawanan Contantinople tidak berhenti setakat itu, ia turut diteruskan kerajaan–kerajaan Islam kecil namun masih menemui kegagalan. Selepas muncul Kerajaan Islam Daulah Uthmaniyyah, usaha kearah penawanan turut dilakukan merentang zaman Sultan Bayanzid (awal abad ke-14M) sehingga zaman Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M). Usaha yang dilakukan nyata juga tidak berhasil. Selepas kematian Sultan Murad II, anaknya iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Khalifah Daulah Uthmaniyyah turut meneruskan usaha penawanan Contantinople. Ternyata perlantikan Sultan Muhammad Al-Fatih akhirnya membawa penawanan Contantinople dan sekaligus meruntuhkan kerajaan Rom Timur pada tahun 1453 M.
Sultan Muhammad Al-Fatih (1451 – 1481)
Sebelum meninjau lebih jauh lagi kejatuhan Contantinople ditangan Al-Fatih, sememangnya perlu ditinjau terlebih latar belakang beliau sebagai watak utama yang dalam menawan Kota Contatinople. Sultan Muhammad Al-Fatih dilantik menjadi khalifah Daulah Uthmaniyah pada tahun 855/1451 yang berpusat di Edirne selepas kematian bapanya iaitu Sultan Murad II. Beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432 Masihi dan menjadi Khalifah Daulah Uthmaniyah pada usia 22 tahun. Beliau meninggal dunia pada Mei 1481 ketika semasa mengetuai kempen ketenteraan di Asia Kecil kerana diserang deman panas. Dalam bidang pemerintahan memang tidak dinafikan beliau berkebolehan kerana mempunyai pengalaman menjadi pemerintah sejak kecil lagi. Buktinya, semasa beliau berumur 11 tahun, beliau telah dihantar oleh ayahnya ke Amasya untuk menimba pengalaman dan mempelajari budaya serta undang-undang Uthmaniyah. Seterusnya, beliau dilantik pula menjadi Gabenor Anatolia pada tahun 1444 ketika berusia 12 tahun. Kehebatannya dalam ilmu pengetahuan juga terbukti kerana beliau berjaya menguasai enam bahasa ketika berusia 21 tahun. Dalam ilmu agama, beliau menerima banyak tunjuk ajar daripada dua orang ulama iaitu Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani dan Syaikh Aaq Syamsuddin. Kedua-dua ulama inilah berjaya membentuk peribadi Al-Fatih menjadi sultan yang zuhud dan berkobar-kobar untuk menakluki Contantinople yang akhirnya menjadi kenyataan.
Persediaan Penawanan Contantinople
Apabila ditinjau secara teliti pemerintahan Daulah Uthmaniyah di bawah Al-Fatih, penawanan Contantinople merupakan rencana utama beliau sebaik sahaja dilantik menjadi Khalifah Daulah Uthmaniyah pada tahun 1451M. Hal ini terbukti melalui pelbagai persiapan yang dibuat oleh beliau untuk mengempur bandar tersebut sebelum tahun 1453. Antaranya beliau sendiri telah mengkaji mengenai usaha-usaha yang pernah dibuat oleh kerajaan yang gagal menawan Contantinople untuk mencari kelemahan dan kekuatan bandar tersebut. Selain itu, terdapat beberapa langkah awal yang dilakukan oleh beliau bagi menawan Contantinople. Antaranya ialah beliau telah mengerahkan tenaga tentera seramai kira-kira 70, 000 hingga 250,000 terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Turki, Serbia dan sebagainya untuk mengepung Constantinople. Jumlah tenteranya dilihat begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu yang terlibat dalam satu-satu peperangan dan paling berkesan tenteranya diberikan latihan intensif yang cukup berdisiplin terutama tentera Janisari. Bagi memperkukuh benteng kerajaanya pula, beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah yang mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Ternyata langkah beliau ini telah memaksa Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan namun usaha Maharaja Byzantine itu gagal. Selain itu, Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Antaranya ialah, beliau telah mengupah pakar membina meriam iaitu Jurutera berbangsa Hungary iaitu Urban. dengan menempatkannya di kilang meriam yang dibina di Adrianople. Malah, Beliau menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh Urban dan menerusi idea Urban, beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya sahaja mencapai beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya sebagai senjata utama membedil kubu Contantinople kelak. Bagi tentera brkuda (Sipahi), mereka dibekalkan perisai berantai, pedang bengkok, lembing panjang dan belantan berkepala besi yang boleh dibaling. Bagi askar laut beliau turut menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain seperti Kerajaan Galata yang berjiran dengan Byazantine supaya tidak memberi ancaman kepada serangan beliau ke atas Byanzantine. Namun semasa serangan dibuat kerajaan Galata berpihak kepada Byanzantine. Sebelum serangan dibuat juga beliau turut dtawarkan rasuah oleh Maharaja untuk membatalkan rancangannya. Disebabkan tindakan Maharaja Byzantine cuba merasuahnya, beliau telah mengutus surat kepada Maharaja Byzantine supaya menyerahkan Contantinople secara aman kepada kerajaannya tanpa sebarang pertumpahan darah dan beliau turut memberi jaminan bahawa penduduk Contantinople tidak akan diganggu harta dan agama mereka. Tawaran beliau ternyata ditolak oleh Maharaja Byantine yang sekaligus memilih untuk berperang. Selepas jalan terakhir buntu, beliau secara tegasnya mengisytiharkan perang untuk menawan Contantinople.
Kejatuhan Kota Contantinople
Selepas melalui proses persiapan yang teliti, pada hari Khamis 6 April 1453M. akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople bersama-sama dengan tentera yang menjangkau jumpa 250 000 orang. Pada 12 April, tentera Sultan Muhammad Al- Fatih mula melepaskan tembakan meriam bertalu-talu terhadap kubu Contantinople yang mengegarkan kubu tersebut pada waktu siangnya. Pasukan tentera Contantinople yang dipimpin oleh Maharajanya dan Giustiniani yang hanya mampu melihat sahaja kubu mereka dibedil pada waktu itu. Namun, aspek yang menarik dapat dilihat melalui tindakan tentera Contantinople pula yang berperanan merangkak keluar dari tembok pada waktu malam untuk memperbaiki tembok yang rosak dengan begitu cepat dan menjadikannya seperti keadaan kubu seperti sediakala. Apabila tiba waktu pagi, tentera Turki terkejut kerana kubu yang mereka hampir berjaya mereka hancurkan berdiri teguh seperti sediakala. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari arah lain untuk memasuki bandar tersebut, namum tidak juga berjaya, melainkan ramai tentera Sultan Muhammad Al-Fatih terkorban akibat terkena panah dan timah hitam panas yang digunakan oleh tentera Contantinople ketika cuba memanjat tembok berkenaan. Selain daripada serangan membedil dan memanjat tembok, satu lagi kaedah yang digunakan oleh tentera Al-Fatih untuk memasuki kubu Contantinople ialah mengali 14 lubang bawah tanah di bawah kubu. Semasa kerja-kerja pengalian dijalankan, kawasan dalam kubu mengalami gegaran yang dahsyat. Walau bagaimanapun, perkara ini disedari oleh Johann Grant dan kemudiaanya tentera Contantinople. Kesan daripada itu, apabila muncul sahaja orang Turki daripada lubang tersebut, mereka membunuhnya dan selepas itu tentera Contantinople memasukkan air kotor dan belerang dinyalakan dengan api yang telah menyebabkan ramai tentera Al-Fatih terbakar dan terkorban, dan ternyata rancangan itu turut gagal. Apa yang jelas, semenjak hari pertama serangan lagi, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Turki daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu beransur-ansur, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut arah yang mengerunkan penduduk Contantinople sekaligus menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. Selain dari serangan ke atas tembok, Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan pula Tentera Laut Othmaniyyah bagi melakukan percubaan beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas yang sukar untuk ditembusi. Untuk melepasi kawasan terbabit tentera Sultan Muhammad Al-Fatih terpaksa pula berhadapan dengan tentera pemanah Byzantine yang dibantu oleh tentera Eropah yang cukup bersedia menjaga kawasan tersebut. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini dilhat memberikan semangat pula kepada tentera Costantinople untuk terus bertahan. Dalam masa yang sama juga, di Kota Contantinople, para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople daripada tentera Islam. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama iaitu menyeru orang-orang Contantinople berdoa dan mempertahankan Contantinople. Dalam masa yang sama juga, kepungan tentera Al-Fatih masih belum berjaya disebabkan rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu yang menghalang laluan kapal-kapal tentera beliau. Dalam pada itu, tentera Al-Fatih tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Uthmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. Kesan daripada serangan itu, Sultan Muhammad Al-Fatih kehilangan 200 orang tenteranya dan ternyata serangan itu gagal merobek kubu tentera Contantinople. Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Uthmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. Perkara ini menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan serangan yang lebih teratur lagi. Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau sendiri telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang dan kata-kata jihad kepada tenteranya;
".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".
Dalam masa yang sama, Sultan Muhammad Al-Fatih turut menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera Contantinople berjaya juga mematahkan serangan tentera Al-Fatih walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan yang kemudiaan terpaksa berundur. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu yang cedera parah dan kehilangan sebelah mata akibat peperangan itu. Jawatan Laksamana tersebut digantikan pula dengan Hamzah Pasha. Kesan daripada petempuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fatih kehilangan 12, 000 tenteranya dan 300 kapal turut musnah. Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Uthmaniyyah sehinggakan Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih bahkan meningkatkan lagi azamnya untuk menawan Contatinople. . Kegagalan serangan yang dibuat oleh Sultan Muhammad Al-Fatih sebelum ini amat merunsingkan beliau disebabkan tenteranya telah ramai terkorban dan belum berjaya menembusi tembok dan perairan Tanjung Emas yang dihalang dengan rantai besi rasakasa itu. Apa yang pasti, setelah berfikir dengan mendalam, Sultan Muhammad Al-Fatih akhirnya telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang sekaligus membolehkan tenteranya memasuki Contatinople. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Pada malam itu juga (22 April 1453), tentera Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu. Kaedah yang digunakan oleh Al-Fatih ini dilihat sebagai langkah serta merta yang membawa kepada penawanan Contantinople. Pada keesokkan paginya, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir tentera Al-Fatih di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana tentera Al-Fatih itu boleh berlaku hanya pada satu malam yang berjaya memasuki Tanjung Emas. Malah terdapat sejarawan barat mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh Al-Fatih dan tenteranya mendapat bantuan jin dan syaitan. Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata,
"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great.”
Kesan daripada penguasaan Al-Fatih di Tanjung Emas menyebabkan tentera Contantinople dan eropah yang menjaga kawasan tersebut terkejut dan lari menyelamatkan diri selepas berlaku pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Tentera Contantinopel yang mempertahan kubu mereka bergegas menyerang tentera Al-Fatih di Tanjung Emas. Keadaan ini menyebabkan tentera Al-Fatih yang berada di luar kubu berjaya masuk dalam kawasan Contantinople dengan mudah sekaligus menyebabkan tentera Contantinople terkepung. Dalam masa yang sama Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan kedudukan tentera Uthmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam juga telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Apa yang pasti semenjak kejayaan kapal tentera laut Al-Fatih memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir selepas kejayaannya membawa kapal-kapal perangnya memasuki perauran Tanjung Emas. Beliau sekali lagi berusaha supaya Maharaja Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah dengan menghantarkan utusannya. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, ternyata Maharaja Costantine tidak berganjak daripada keputusan awalnya. Oleh sebab keengganan Maharaja Contantinople menyerah diri, pada hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan ke atas Contantinople. Tentera Al-Fatih diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota untuk mengerunkan pihak musuh. Selepas itu, Tentera Uthmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau sendiri menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan dan sekaligus menghuru-hara tenteranya. Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, tentera Contantinople menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya mencapai cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih. Beliau bertitah,
".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku"
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing apabila beliau dan tenteranya menghampiri pintu gereja terbabit. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. Secara rasminya pada tanggal yang sama Contantinople akhirnya jatuh ketangan Sultan Muhammad Al-Fatih pada 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M selepas 53 hari berlangsungnya tempoh pengepungan yang begitu dahsyat.
Constantinople di bawah Pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih

Kejatuhan Constantinople kepada Sultan Muhammad Al Fatih memberikan kesan yang sangat penting bagi perubahan dan pergolakan sejarah dunia. Hal ini termasuklah penukaran nama Constantinople kepada Istanbul. Malah, menurut pandangan sarjana barat, pembukaan Istanbul oleh umat Islam menandakan berakhirnya zaman pertengahan dan bermulanya era moden. Al Fatih seterusnya menjadikan Istanbul sebagai metropolis Islam. Penduduk Kristian tidak diusir tetapi mereka sebaliknya dibenar tinggal di Istanbul dan di beri layanan yang adil.
Langkah awal yang dibuat oleh Sultan Muhammad Al Fatih setelah menguasai Constantinople ialah menukar Hagia Sopia Chatheral kepada masjid dan sembahyang Jumaat pertama diadakan di sana. Beliau juga menukar jawatan Sultanul Barreyn Hakkanul Bahreyn Emirul kepada Ibn Sultan Mehmed Bin Murad Khan. Al Fatih mencalonkan Gennadios sebagai Bishop kepada Gereja Ortodok dan memberikan kebebasan agama kepada semua orang bukan muslim. Selain itu, Al Fatih meminta guru agama, Sheikh Aushemseddin untuk mengenalpasti Jasad Abu Ayub al- Ansiri dikebumikan dengan kaedah mencari lokasi jasad tersebut dengan menggunakan ilmu Muhashefe. Al Fatih membina sebuah makam yang indah dan masjid untuk menghargai Abu Ayub al-Ansiri. Sebelum Abu Ayyub meningga dunia, beliau sempat berwasiat iaitu jika beliau wafat, beliau meminta jasadnya dimakamkan di titik terjauh dicapai oleh kaum Muslim. Dan para sahabatnya berhasil menyelinap dan memakamkan beliau disisi tembok benteng Constantinopel di wilayah Golden Horn.
Di Istanbul, agama Kristian Ortodok masih lagi mencari pengaruh. Al Fatih menghantar surat kepada Sharif Mekah al Mukarammah tentang kejayaannya menawan Constantinople. Surat kedua pula dihantar kepada Inal Syah di Mesir tentang kejayaannya ini. Beliau juga turut menghantar surat kepada Syah Jehan iaitu ketua di Iran yang mana Al Fatih mengatakan Mujahiddin Islam berjaya membuka kota Constantinople kepada orang Islam melalui bantuan daripada Allah swt sebagaimana pembukaan Mekah kepada orang Islam. Sebagai balasanya, Shahjihan menggunakan ayat daripada al Quran untuk membalas surat Al Fatih dengan berkata bahawa sememangnya kami kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi. Ini menguatkan lagi Al Fatih untuk menjadi khalifah selepas menakluk Constantinople dan sekali gus melenyapkam Rom Timur.
Penentangan orang Islam disebabkan oleh agama amat menyentuh hati orang kristian Eropah. Penawanan Constantinople oleh orang Islam amat tidak disangka oleh orang Kristian Eropah. Putera Henry Portugal mengatakan bahawa pencapaian orang Islam sama seperti kejayaan Kristian di Timur dan Afrika. Kekalahan Constantinople adalah berpunca daripada sikap monopoli dan pembayaran cukai kepada Pope. Fakta ini disahkan oleh Papalbull pada 8 Januari 1455.

0 Comments: